part 57

2.7K 220 27
                                    

Flashback Graze🍂

Seorang lelaki berambut hitam bersandar pada sebatang pokok rendang dengan tenangnya. Di depannya terbentang padang rumput yang luas terbentang.

Tengah dia ralit mencari ketenangan, sepasang tangan menekup matanya dari belakang. Hampir sahaja dia melompat.

"Guess who~" satu suara merdu menerpa telinganya. Terus dia tersenyum manis.

"My little star, Elly right?" Lelaki itu dah kenal sangat dengan suara merdu tu.

"Betul!!!" Matanya dilepaskan daripada sepasang tangan itu dan terserlah, seorang gadis berambut putih bermata biru tersenyum manis ke arahnya.

"Pandailah my hubby ni!" Hidung mancung Graze dipicit lembut oleh jari mulus Elly.

"Mestilah. Ni kan Graze." Graze mula berbangga diri. Hidung tu jangan katalah. Pinocchio pun kalah.

"Hahaha. Berlagaknya! Nah. Elly ada bawa makanan tengahari." Satu bakul rotan dihulurkan kepada Graze lalu disambutnya lembut.

"Temanlah abang makan. Tak bestlah makan sesorang."

"Hehehe. Yelah²." Elly duduk bersimpuh di atas permaidani rumput di sebelah Graze. Bekal makanan tengahari yang dibawa olehnya dibuka lalu dicedok menggunakan sudu.

"Meh sini. Biar saya suap." Dengan rela hatinya, Graze membuka mulutnya seluas yang mungkin dan masakan Elly selamat masuk ke dalam mulutnya.

"Ermm... As expected from Chef Elly." Mereka berdua masing² ketawa kecil.

Sesiapa sahaja yang melihat pasti akan turut gembira melihat pasangan ni. Sama cantik sama padan.

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now