part 20

3.6K 290 10
                                    

Seperti kebiasaanya, Stella akan bangun tido lebih awal daripada yang lain. Awal² lagi dia dah bangun dan bersiap sementara yang lain masih diulit mimpi.

Tengah dia menyikat rambutnya yang panjang itu, satu pengumuman dikeluarkan Dari kapten kapal.

"Para penumpang sila bersedia untuk berlabuh dalam masa 5 minit. Harap maklum."

Mendengar sahaja pengumuman dari kapten kapal itu, kaki Stella pantas diatur menuju ke arah Melina yang masih dibuai mimpi lalu tubuhnya digoncang lembut.

"Melina. Bangunlah. Kita dah nk berlabuh ni." Melina yang terasa tidurnya terganggu mengeliat di atas katil buat beberapa detik sebelum menukar posisi dari baring ke duduk. Namun matanya masih kuyu dan dia masih dalam keadaan mamai.

"Tak nak mandi dulu ke? Lagi 5 minit kita nak sampai dah." Ujar Stella sambil menyimpan barang²nya dan bersedia untuk berlabuh.

"Aku mandi dekat Rumah sana." Kata Melina sambil menggosok matanya.

"Sekurang²nya pergilah basuh muka dan berus gigi dulu." Melina hanya mengangguk dan menuju ke bilik air dan melakukan apa yang disuruh oleh Stella.

Tak lama kemudian dia keluar dengan berus gigi dan pencuci mukanya di tangan. Lalu dia menuju ke beg pakaian miliknya lalu memasukkan berus Gigi dan pencuci mukanya ke dalam beg. Walaupun dah membasuh mukanya tapi dia masih mengantuk dan dalam keadaan mamai. Stella juga mengambil begnya selepas mengemas katil yang menjadi tempat mereka beradu semalam.

"Jom Melina." Melina mengangguk dan mengambil begnya keluar dari bilik diikuti dengan Stella.

Sebaik sahaja mereka tiba di luar bilik yang main semuanya dah menunggu dengan muka yang sembab dan baru bangun tido. Luke menyandar pada dinding sambil matanya yang tertutup dan tangan disilangkan di dada. Sheran pula dah terduduk atas lantai dengan juga matanya tertutup. Tezz dan Irya masing² bersandar antara satu sama lain juga dengan mata yang tertutup. Tak nak bagun lagi ke?

"Korang nak tido ke nak pergi ke pulau tu? Kalau nk tido aku pergi sorang." Ujar Stella dalam nada menyindir. Masing² mencelikkan mata sedikit lalu kembali ditutup. Stella hanya mengeluh perlahan dengan aksi rakan²nya. Memang liat nk bangun tido!

"Dah²! Tak payah nk tido! Jom semua dah tunggu dekat jeti dah!" Beg Melina dan orangnya ditarik menuju ke tempat dimana perserta yang lain dah berkumpul diikuti dengan yang lain.

Perlahan² mereka turun dari kapal dan menuju kee rumah tumpangan yang disediakan. Melina pula dah menyandar pada bahu Stella dengan mata tertutup. Tido dalam keadaan berjalan? Pelik.

Selepas beberapa detik mereka tiba di rumah tumpangan mereka. Tapi cuma satu bilik sahaja yang disediakan untuk mereka.

"Kenapa satu bilik ja?" Soal Stella hairan.

"Memang tiap² tahun macam ni. Tapi cukup katil untuk kita semua tido." Kata Luke yang Cuba membuka kunci pintu bilik itu dengan kunci yang diserahkan oleh pemilik rumah ini.

Terdapat 6 katil single di dalam bilik itu. Posisinya adalah 3 buah katil berhadapan 3 buah katil. Almari pakaian di sebelah katil masing² dan juga bilik air yang berada di hujung bilik. Walaupun tak semewah seperti di dalam kapal tapi ianya sudah mencukupi.

Stella mengambil katil paling hujung dan berdekatan dengan tingkap. Di depan katilnya adalah Luke dan disebelah katilnya adalah Melina.

"Aku mandi dulu." Ujar Luke lalu mencapai tualanya dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now