BAB 4

1.1K 116 0
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Haifa menghembuskan nafas lega. Jika tidak kerana gadis bernama Amira yang membantunya tadi pasti dia sudah berada di dalam pusingan penyingkiran. Kini Haifa dan peserta-peserta lain sudah mula berjalan ke luar dewan dan menuju ke arah beg masing-masing yang diletakkan di luar dewan, manakala 10 orang yang terpilih di dalam pusingan penyingkiran tidak boleh keluar dari dewan sehingga petang. Makan dan minum mereka juga di hantar. Ini untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang penipuan.

Peserta yang telah terlepas daripada pusingan penyingkiran boleh berehat, mandi dan makan. Pada petang nanti mereka harus memasuki dewan semula untuk melihat pusingan penyingkiran.

Haifa duduk bersila menghadap beg yang dibawa olehnya. Botol air 2 liter kepunyaannya di ambil untuk diminum.

"Er.. Haifa, jom makan sama-sama, nak?"

Haifa mendongak ke kiri sambil meneguk air, dia melihat Amira sudah berada di sisinya dengan duit di dalam tangan.

Botol air diletakkan ke lantai, lalu Haifa mengangguk perlahan dan mengambil dompet bermuka kucing di dalam bag bajunya dan dimasukkan ke dalam poket.

Walaubagaimanapun, Haifa masih sedikit janggal dengan Amira kerana Amira merupakan pelajar kelas atasan, kelas yang pintar.

Sedangkan dia ini merupakan pelajar kelas hujung yang tidak bergaul dengan golongan seperti Amira kerana bangunan kelas mereka dipisahkan daripada bangunan yang lain. Maka, apabila dia menerima teguran daripada Amira, dia rasakan sedikit aneh.

"Aku bersyukur sangat kau tak terpilih dalam penyingkiran tu Haifa" Amira memulakan perbualan.

"Semuanya kerana pertolongan kau, jikalau tidak pasti aku akan tersingkir." Haifa tersenyum kecil. Tapi memang benar, dia sangat bersyukur dengan bantuan Amira yang sudah dua kali menolongnya.

"Aku tahu Sarah memang sengaja nak buat macam tu kepada kau. Tengok sajalah muka Sarah tu, memang nampak kebencian dia dekat kau." Kata Amira lagi.

Haifa tersenyum sahaja.

"Amira.. aku nak tanya, macam mana kau tahu nama aku ya? Aku tak bagitahu pun lagi nama aku kepada kau rasanya.." soalnya.

Amira tergelak sedikit. Dia menjelaskan bahawa dia mengenali Haifa daripada bualan mulut rakan-rakan sekelasnya, jadi daripada situ Amira berkeinginan untuk mengenali Haifa secara rapat. Amira juga ada menjelaskan bahawa dia mendengar Sarah yang memulakan pergaduhan dahulu.

Haifa terdiam, sampai begitu sekali ya pergaduhan dia dan Sarah di sekolah tempoh hari, sehingga menjadi bualan mulut pelajar-pelajar lain. Sarah memang benci dengannya. Dia sendiri tak tahu apa salah yang pernah dia lakukan kepada Sarah.

Mereka berdua sudah sampai ke kantin dan ingin mencari tempat duduk, lalu Amira menyoal Haifa lagi. "Haifa.. kalau aku tanya ni, kau.. jangan marah tau" Amira mengambil tempat duduk di salah sebuah meja yang berada di kantin.

"Apa dia?" Haifa memandang wajah Amira.

"Hmm.. haritu waktu Sarah cabar kau untuk masuk pemilihan Genial.. dia ada sebut pasal mak kau. Ermm betul ke mak kau macam tu?? Kau jangan marah aku tau Haifa, aku cuma nak tahu je." Amira tersenyum janggal.

Haifa menundukkan kepalanya.

"Jom beli makanan dulu, nanti aku cerita." Haifa berjalan menuju ke kaunter makanan.

♧♧♧

Aura membuka 20 paket gula-gula MnM dan dimasukkan ke dalam balang yang bersaiz sederhana. Balang itu mesti dipenuhi dengan gula-gula. Balang ini merupakan aktiviti pusingan penyingkiran, nampak mudah tetapi ianya sukar.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now