BAB 20

932 111 0
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

"Macam mana majlis pelantikan beast hunter semalam? Okay?" soal Naji yang sedang sibuk mencari fail yang pengetua inginkan.

Naji ialah teman rapat yang Alif boleh percaya tentang rahsia Beast Hunter. Sudah beberapa kali Alif mengajak Naji untuk berkerjasama dengannya mengatur strategi untuk melawan beast. Namun, Naji masih tidak memberikan jawapan.

"Okay je cuma semalam ada beast sampai kat Hall Estrella." jawab Alif mengeluarkan satu persatu kotak yang tersusun di rak.

"Macam mana boleh sampai sana? Takkan alumni tak handle." tanya Naji. Terkejut juga bila mendengar roh haiwan jahat itu telah sampai di Hall Estrella. Satu-satunya dewan yang boleh dianggap sebagai tempat melindungi diri daripada beast.

"Diorang handle tapi entah, tahu-tahu je benda tu ada kat situ. Nasib baik Sir Oitaka ada. Benda tu nak serang Haifa semalam." jawab Alif pula. Bila teringat peristiwa semalam, dia teringat wajah Haifa yang pucat.

"Uish seriuslah. Beast tu nak serang budak baru tu?"

"Haifa." Alif membetulkan gelaran Naji buat Haifa.

"Tak kesahlah. Lepastu tu, Sir Oitaka bunuh macam mana??" Tanya Naji teruja. Bila bercakap pasal Sir Oitaka, pasti dia akan teruja kerana Sir Oitaka sangat-sangat berkemahiran.

"Sir tak buat apa sangat. Dia tembak je guna pistol." jawab Alif. "Maksud kau, pistol manik tu?" Naji inginkan penjelasan.

"Yelah, memang lah pistol manik. Kau pun tahu kan kelemahan beast tu besi yang direka khas." Alif bangun dari silaan, dia seperti sudah jumpa fail yang diminta oleh pengetua.

Sememangnya, kelemahan mahluk itu adalah manik besi. Prof. Castell dan Prof. V yang telah mencipta pistol itu setelah menjumpai kelemahan beast tersebut.

Besi yang telah dicampur adukkan dengan beberapa lagi bahan, telah menghasilkan sebuah senjata yang amat berguna untuk membunuh roh binatang itu. Pisau juga diubah menggunakan bahan yang sama.

"Pelik jugak aku, tak pernah-pernah aku dengar beast nak serang beast hunter. Setahu aku, beast serang dan rasuk perempuan tu sebab dia dalam keadaan lemah." Naji menggunakan otaknya.

Dia sebenarnya banyak buat kajian pasal mahluk ini. Disebabkan itu jugalah, Alif mengajaknya untuk menyertai Beast Hunter.

"Kalau lemah, aku protect lah." selamba sahaja jawapan Alif dapat rasakan yang Naji mahu cakapkan bahawa Haifa itu lemah.

"Dah lah kau Alif. Poyo ah!" Naji menolak kasar badan Alif. Geli tahu tak tengok Alif seperti ini. Mana Alif yang garang dan ganas!

"Apa... Betulkan apa aku cakap. Kau nak tolak-tolak aku ni apahal!" Alif sudah bengang. "Sorry bos" Naji sudah melutut lalu tangannya dirapatkan dan diletakkan didahi.

"Ceh. Dah ah, jom. Aku dah jumpa failnya." Alif dan Naji keluar dari bilik yang dipenuhi dengan maklumat dan rahsia sekolah.

♧♧♧

Di malam hari.

Bunyi-bunyi tembakan dan juga peralatan yang berbahaya menghiasi suasana dewan. Masing-masing memulakan latihan seperti menembak dan juga berlawan.

Haifa duduk di tepi dewan kerana dia perlu memerhatikan dahulu apa yang perlu dia lakukan.Dia mengigit kuku ibu jarinya. Takut betul dia melihat Dhera berlawan dengan Hanim. Terlalu cekap. Dia rasa tali pinggang hitamnya tidak mampu melawan serangan Dhera.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now