☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Hanim mengeluarkan dua chakramnya lalu dia melemparkan chakram tersebut ke arah dua mahluk yang sedang mengelilingi Aura.
Hanim marah.
Kemarahannya tidak dapat dibendung setelah dia melihat Aura di tendang bertubi-tubi dengan dua ekor mahluk itu sehingga jasad Aura tidak memberi sebarang reaksi.
Hanim tidak tahu mengapa mahluk itu tidak mempedulikannya dan hanya menyerang Aura.
Serangan yang Hanim berikan juga tidak berkesan kerana dua mahluk itu seperti tahu sahaja kedudukan serangannya.
♧♧♧
"Insyi!! Bangunlahhh!!" Ara memangku kepala gadis itu ke ribanya. Air matanya mengalir dengan laju.
Insyirah tidak memberi sebarang reaksi setelah dihempas dengan kuat ke lantai oleh salah seekor daripada lima mahluk tersebut.
Ara menangis lagi tidak berhenti, tangannya mengigil. Dia memeluk kepala Insyirah yang berada di pangkuannya.
Pistol diambil dalam keadaan tersedu-sedan. Tangannya laju sahaja menembak mahluk-mahluk itu.
"Warhhh korang memang jahat!!" kata Ara sambil menembak satu persatu mahluk yang menghampirinya.
Dia menangis lagi dengan lebih kuat. Tanpa bergerak seinchi pun 3 ekor mahluk sudah tumbang di tembak oleh Ara dalam keadaan dia menangis.
Kemudian, Ara segera mengambil kayu besbol Insyirah yang terpacak besi tajam, lalu dia menggerakkan kayu itu ke kiri dan ke kanan.
Menghalang mahluk itu mendekati dirinya tetapi sia-sia kerana mereka sangat tidak hairan dengan ugutan Ara.
Dalam tangisan, Ara mencampakkan kayu besbol itu sehingga terkena salah seekor daripadanya.
Lincah sahaja tangannya mengisi semula peluru pistol dan segera menembak kembali dua mahluk tersebut sehingga kedua-duanya tumbang dan menjadi abu.
Hebat tak hebat, Ara menewaskan lima ekor mahluk dalam keadaan menangis. Gadis itu memang menakutkan.
"Insyi, aku dah bunuh diorang... bangunlahhh" kata Ara lagi. Air matanya menitis-nitis di atas muka Insyirah.
"Ei masinlah!" suara Insyirah membuatkan Ara terkejut. Insyirah yang masih dalam pembaringannya mengelap air mata Ara yang jatuh ke mukanya.
Tak guna punya budak pendek!
"Kau bodo ke! Asal tak bangun dari tadi! Penat je aku nangis!" Ara menolak Insyirah jatuh daripada pehanya. "A..Auch!!" mengadu Insyirah. Dia tersenyum kecil. Dia sudah sedar beberapa saat yang lepas tetapi sengaja menyakat Ara.
Walaupun dia sudah sedar tapi ini tak bermakna tiada kecederaan pada dirinya kerana dia terhempas dengan sangat kuat tadi. Nasib baik kepalanya tidak teruk, cuma badannya rasa sakit-sakit yang amat.
♧♧♧
Jam menunjukkan pukul 11 malam.
Setelah memastikan 35 mahluk telah dibunuh. Alif dan Jade sudah pun meminta rakan-rakan mereka untuk menyelamatkan pelajar-pelajar yang disembunyikan oleh mahluk-mahluk itu.
Kini hanya tinggal tiga ekor sahaja lagi. Tiga ekor mahluk itu terkena dengan perangkap yang telah dipasang oleh Zahira.
Alif dan Jade telah pun berada di kawasan itu terlebih dahulu, kerana mereka yang paling dekat dengan kawasan tersebut.
Tidak lama kemudian, sedikit demi sedikit ahli kumpulan masing-masing datang ke kawasan itu.
"Korang semua okay?" tanya Alif resah setelah melihat Ara datang dengan memapah Insyirah, Hanim pula mengendong Aura daripada belakang dan Zahira serta Afira tiada di sini.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...