☆☆☆☆☆☆☆☆☆
"Haifa"
Haifa menoleh ke belakang. Dia tersenyum mekar. Figura ibunya muncul kembali.
"Mama...." katanya lalu berlari untuk berada di dalam dakapan mamanya. Wanita itu mengusap lembut rambut anaknya yang panjang itu. Bahu Haifa ditepuk perlahan-lahan. Kemudian dia mengucup lembut ubun-ubun kepala Haifa.
"Haifa, mama rasa... dah tiba masanya untuk Haifa keluar dari organisasi tu." kata wanita itu lembut. Wajah Haifa berubah apabila mendengar permintaan mamanya.
Pelukan itu dileraikan secara perlahan-lahan.
Haifa memandang wajah mamanya. "Apa maksud mama ni?" tanya Haifa yang sedang keliru. "Haifa, Haifa tak akan selamat kalau Haifa masih dalam organisasi tu... please sayang, pergi jauh daripada kawan-kawan Haifa... nyawa Haifa akan terancam...." pinta wanita itu lagi.
Haifa menggeleng. Dia tidak akan sesekali keluar daripada kumpulan itu. "Tak boleh mama... Haifa dah jumpa kawan-kawan yang paling baik sekali... takkan Haifa nak pergi tinggalkan diorang macam tu je..." Haifa memberi penjelasannya.
"Tapi Haifa tak akan selamat kalau Haifa terus berada dalam kumpulan tu.." wajah wanita itu mula resah. Haifa tidak menjawab. Apa yang mamanya risaukan?
Dia dan rakan-rakannya mampu melawan mahluk-mahluk jahat itu.
"Haifa tak nak pergi mama. Diorang sahaja yang Haifa ada sekarang.. Mama dan Papa, dah pergi tinggalkan Haifa. Sekarang, kenapa Haifa perlu tinggalkan diorang pula?" Haifa menolak permintaan mamanya.
Wajah wanita itu resah. Dia tahu permintaannya itu terlalu berat untuk anaknya tunaikan. Haifa masih memikirkan apa yang mamanya katakan tadi.
"Kenapa mama suruh Haifa pergi? Ada orang berniat jahat dengan Haifa ke?" tanya Haifa lagi.
"Mama-"
Belum sempat wanita itu menghabiskan kata-katanya, dia telah disepak dengan kuat sehingga tertolak jauh daripada Haifa.
"Mama!!" Haifa bangun mencari orang yang menyepak ibunya itu. Seorang lelaki berdiri di hadapan Haifa. Lelaki itu tidak mempunyai wajah, dia hanya mempunyai bayang-bayang sahaja.
Bayang-bayang hitam. Tubuhnya yang tegap itu membuatkan Haifa berundur ke belakang. "Siapa kau??!" tanya Haifa.
Lelaki itu tidak menjawab. Dia terus mencekik Haifa dan mengangkat diri Haifa ke awangan. Haifa meronta-ronta untuk dilepaskan.
Tangannya cuba untuk meleraikan tangan yang mencekik lehernya itu. Namun kekuatan Haifa tidak setanding lelaki itu. "A..rk.." Haifa tercungap-cungap mencari nafas.
Diketuk-ketuknya tangan lelaki itu dengan kudrat yang Haifa ada. Air matanya menitis kerana dia rasakan nyawanya sudah di hujung tanduk.
Kerongkongnya seperti terhimpit dan dia dapat rasakan lehernya seperti hendak remuk akibat cengkaman yang kuat daripada lelaki misteri itu.
Haifa memandang mamanya, pandangan yang dia berikan seolah-olah pandangan buat kali terakhir.
"Arhhhhh!" Haifa terbangun daripada tidurnya. Nafasnya tercungap-cungap. Kedua-dua lengannya berada di leher seperti hendak melindungi lehernya daripada di cekik. Mata Haifa meliar memandang kawasan yang asing itu.
"Haifa, kenapa ni?" tanya Fazira dengan wajah yang cemas.
"Kau okay tak ni?" Aura pula menyoal setelah melihat wajah Haifa yang pucat itu.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...