☆☆☆☆☆☆☆☆☆
'Ini tak boleh jadi! Aku mesti keluar dari sini!' Bisik hati Haifa.
"Pakcik Daris, nanti pakcik tolong hantar ibu balik rumah ya." Pinta Haifa.
"Eh, Haifa nak pergi mana? Pakcik hantarkan." Tawar Pakcik Daris.
Haifa menggeleng.
"Tak apa pakcik, Haifa ada hal sekejap. Haifa, dah oder grab. Nanti Haifa balik rumah sendiri. Cakap kat ibu jangan risaukan Haifa tau." jelas Haifa kemudian setelah mendapat anggukkan daripada Pakcik Daris, Haifa terus berjalan keluar.
Haifa membuat keputusan untuk tidak berada di dalam hospital ini. Terlalu bahaya untuk dirinya jika dia terus berada di situ. Ramai yang sakit dan ramai juga berada di dalam keadaan yang tidak stabil.
Berkemungkinan besar mahluk itu berada di dalam badan mereka dan berkemungkinan juga tidak.
Haifa tidak mahu ambil risiko. Setelah beberapa minit, kereta yang ditempahnya sudah pun tiba di hadapan hospital. Laju sahaja kenderaan itu memecut ke arah destinasi yang Haifa ingin tuju.
♧♧♧
Restoran yang meriah itu membuatkan Haifa tidak sabar untuk masuk ke dalam. Sekarang juga sudah hampir untuk makan tengahari, jadi dia ingin mengisi perutnya yang kosong itu.
Jika makanan di situ sedap, boleh lah dia belikan untuk ibu. Tanpa membuang masa, Haifa menapak masuk ke dalam restoran tersebut. Dia memandang sekeliling, ramai juga orang di sini.
Bingkai gambar yang tergantung di dinding kedai itu menarik perhatian Haifa. Di atas itu terdapat nama kedai tersebut.
"Restoran Malik..."
"Selamat Datang!!" Semangat pekerja itu menyambut kehadiran pelanggannya.
Haifa tersenyum dan mengangguk. Lalu dia terpaku seketika. "A...amira????!" Haifa hilang kata-kata.
"Wei! Haifa! Apa kau buat kat sini??!" Amira pula terlebih teruja sehingga menekup mulutnya dan terloncat sedikit.
"Aku datang sini nak makanlah. Kau kerja dekat sini ke???" Haifa memandang Amira dari atas sehingga bawah. Dia memakai pakaian seragam restoran itu.
Amira mengangguk.
"Haah, aku kerja part time kat sini. Tapi, jangan bagitahu Alif tau nanti dia marah aku pulak." Suara risau Amira itu membuatkan Haifa ketawa.
"Eh! Jom aku bawak kau gi tempat duduk kau. Shift aku pun dah nak habis dah. Jap lagi aku datang lepak dengan kau." Jelas Amira kembar Alif itu. Banyak betul celotehnya.
Dia segera menarik Haifa ke sebuah tempat yang terpencil namun berpendingin hawa.
Haifa mengikuti sahaja, sudah lama dia tidak berjumpa dengan Amira, rakan pertamanya ketika dia menyertai pemilihan genial.
Sememangnya, dia tidak akan langsung melupakan janji yang mereka lakukan semasa di awal perkenalan dahulu. Amira, akan sentiasa dia ingat walaupun mereka jarang berjumpa.
Haifa menanggalkan kasutnya kerana dia perlu bersila di sini. Meja makan Haifa itu dikelilingi tembok separas peha. Seperti ruangan peribadi untuk pelanggan kedai ini.
Amira meletakkan menu di hadapan Haifa sambil menunggu gadis itu memesan makanan.
"Apa yang sedap kat sini???" Haifa sudah membelek menu itu beberapa kali tetapi nama makanan di dalam menu itu pelik dan menyukarkan untuk dia buat pilihan.
"Aku suka nasi goreng soft crab." Jelas Amira.
"Okay bagi aku yang ni dua lah." Haifa mengeluarkan jari telunjuk dan jari tengahnya.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...