☆☆☆☆☆☆☆☆☆
"Perlu ke kau ikut sekali?" tanya Haifa kasar. Dia tidak suka melihat wajah Zakwan yang berlagak itu.
"Perlu, sebab kau tak tahu selok belok hutan ni." Balas Zakwan yang sememangnya pakar dengan kawasan ini kerana sejak kecil lagi, dia akan masuk ke dalam hutan ini untuk memburu.
"Kitaorang ada GPS. Tak perlukan bantuan kau pun." balas Haifa pula. "Oh yeah... tapi.... kau tau ke... apa yang ada dalam hutan niii....." tanya Zakwan menakut-nakutkan Haifa.
Haifa memandang Zakwan dengan wajah yang beku. Aura yang berada di sebelah Haifa pula yang meremang mendengar suara Zakwan berbisik.
"Setakat haiwan buas, apalah sangat." jawab Haifa menyelak rambutnya ke belakang. "Siapa cakap pasal haiwan??.... aku cakap pasal han-"
"Zack dah lah tu." Naji menghentikan sikap Zakwan yang tidak matang. Sengaja mahu cari pasal. Zakwan terdiam, dia terus menolak rambutnya ke belakang dan terus berhenti daripada menyakat Haifa dan rakan-rakannya.
"Guys... mengikut GPS ni, portal tu berada kat sini.. tapi aku tak nampak mana-mana bunga biru pun..." Ara berhenti betul-betul di hadapan sebatang pokok yang besar.
"Hutan ni terlalu gelap, kita ada cahaya lampu suluh je, susah sikitlah nak cari." jelas Haifa. Ketika itu, bulan dilindungi oleh awan-awan tebal. Jadi cahaya bulan tidak dapat menyinar pada malam ini.
"Kita kena cari juga sampai jumpa." nyata Akhaira. Mereka semua bersetuju. Masing-masing mengeluarkan lampu suluh dan memulakan pencarian di dalam kawasan tersebut.
Setelah 15 minit pencarian, Zahira memanggil mereka.
"Guys!"
Mereka berlari menuju ke arah Zahira.
"Zahira, kau kat mana?" soal Insyirah keliru.
"Masuk semak macam dinding tu!" jelas Zahira. Setelah itu semua melalui semak yang tinggi seperti pagar.
Pada waktu malam begini, mungkin akan susah untuk mereka melihat semak di sini, namun pada waktu pagi pasti senang untuk mencarinya.
"WOAHHH...." mulut Aura sudah ternganga. Memang bunga biru itu wujud dan sangat cantik.
Awan mula bergerak kerana tolakan angin pada malam itu, lalu cahaya bulan kembali menyinari bumi yang gelap. Haifa dan yang lain-lain terpegun melihat bunga itu bercahaya setelah disimbahi sinaran bulan.
Kelopak biru bersinar terang, bau harum yang dikeluarkan oleh bunga itu menusuk ke hidung mereka.
"This is the portal? Terlalu cantik untuk jadi portal mahluk jahat tu..."kata Insyirah.
"Kenapa aku tak pernah nampak pun bunga ni???" kata Zakwan sendiri.
Alif dan Naji juga terkejut melihat kecantikan bunga yang sangat besar itu. Bunga ini lebih besar daripada bunga pakma. Bunga itu setinggi 3 meter dan kelopak-kelopaknya juga besar.
'Portal ini memang sama besar yang aku nampak dalam mimpi tu.' Fikir Haifa.
"Cantiknya...." kata Fazira pula lalu berjalan untuk menghampiri bunga itu.
"Fazira stop! Jangan datang dekat situ, bahaya." Haifa menarik lengan Fazira dengan cepat, mereka perlu berada sejauh yang mungkin.
"Aku bukan nak takutkan korang tapi apa yang dipaparkan pada skrin aku ni memang ada daya tarikan yang kuat daripada kawasan tengah bunga tersebut." jelas Aura setelah mendapat signal gelombang yang kuat.
"Jadi memang jelas ini adalah portal beast tu. Dua dimensi yang berlainan bertemu daripada bunga ini." kata Alif.
"Jadi, mari mulakan operasi menutup portal!" Akhaira sudah meletakkan beg galasnya. Dia membawa barang-barang yang berkemungkinan mampu untuk menutup portal tersebut.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...