BAB 31

911 96 5
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆


"FIRA!!" terkejut Dhera dan Fazira melihat Afira dihempas kuat ke pokok besar itu.

Namun, Afira tidak mengalah. Dia memegang erat lengan lembaga itu, dengan cepat dia mengeluarkan rantai besi panjang yang tergantung di pinggangnya.

Afira menyepak badan lembaga itu dengan kuat sehingga dia dapat melantun ke belakang.

Badan Afira terpusing semasa menyepak lembaga tersebut. Laju sahaja tangannya mencekik leher lembaga itu menggunakan besi dari belakang.

"Mati kau mahluk sial!!" Jerit Afira geram. Ditariknya rantai yang telah mencekik lembaga itu dengan kuat. Fazira ternganga.

"C.,,cekap macam selalu" sememangnya Fazira masih tidak dapat mengatasi kecekapan Afira ketika berlawan.

Dhera mula nampak sasarannya. Picu ditarik semula dan berada dalam keadaan sedia untuk menembak jantung lembaga tersebut.

SHUUT!

Peluru besi buatan itu, terus masuk ke jantungnya. Lembaga itu menjerit kesakitan kerana tembakan daripada Dhera dan juga rantai besi yang terikat di lehernya.

Badannya sudah berasap. Memang besi ini kelemahannya. Sedikit demi sedikit badannya mula menjadi debu.

Afira melompat ke tanah dan ingin melarikan diri dari tempat itu namun rancangannya gagal. Beast itu sempat menangkap pergelangan kakinya.

"Afira jaga-jaga!" Jerit Fazira yang terkejut dengan tindakan lembaga itu. Afira bergelut dengan badannya sendiri. Dia cuba menggapai pergelangan kaki untuk mencabut sarung kaki yang dia pakai.

"Arhh!! apa susah sangat ni!" Afira terasa sukar untuk mencapai kakinya kerana dia berada di awang-awangan. Berkali-kali dia menaikkan badan untuk mencabut sarung kakinya namun tidak berjaya.

Lembaga itu sudah membuka mulutnya. Afira nampak lubang gelap yang bersedia untuk menelan dirinya itu.

"Matilah aku!!"

"Penjaga Phoenix, buat sesuatu!" Arah Dhera cuak. Dia sudah tidak boleh buat apa. Tangan lembaga itu sudah ditembak berkali-kali namun lembaga itu masih tidak menjadi debu.

Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap!

Bunyi tapak kaki yang sedang berlari laju di atas rumput itu menarik perhatian Afira.

"Naji?!!" Jerit Afira terkejut. Bagaimana Naji boleh berada di sini? Mengapa dia membawa pedang sebesar itu?!

Naji memandang sasarannya. Pedang dipinggang di keluarkan dan tangannya diangkat setinggi langit.

Zing!!

Dengan sekelip mata lengan lembaga itu terputus dari badannya. Lembaga itu melutut menahan kesakitan.

"WARGGGHHHHHH!"

"Cepat lari!" Arah Naji sambil membantu Afira yang sudah terlepas dari tangan lembaga itu.

Mereka berdua berlari laju menjauhi kawasan padang yang luas.

"ARRRHHHHH! AUUUU! AUUUUU!"

"Benda tu serigala ke!!" kata Afira sambil menolak rambutnya kebelakang. Dia dan Naji sudah berada jauh dari padang sekolah.

Naji mengelap pedangnya yang telah kotor dengan darah mahluk beast tersebut. "Benda tu campuran haiwan tapi yang utama dia serigala" jawab Naji.

Afira memandang Naji dengan wajah tidak puas hati. Dia terus menolak Naji ke dinding dan menekan leher Naji menggunakan lengannya.

"Macam mana kau boleh ada kat sini?" Tanya Afira ingin tahu.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now