☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Ara berjalan menuju ke mesin air untuk membeli susu kotak yang menjadi kegemarannya. Tidak lengkap harinya tanpa susu kotak dari mesin air itu.
"Seronok ya jadi pelajar genial." Ara memalingkan kepalanya. "Naji? Kau buat apa kat kawasan ni." Ara sudah tidak tenang. Naji suka-suka sahaja berada di kawasan genial. Jika cikgu-cikgu nampak pasti Naji dan dia akan dikenakan tindakan dispilin.
"Kau rapat dengan budak yang baru masuk genial tu?" Tanya Naji tidak mengendahkan soalan Ara.
Pagi tadi telah diadakan majlis penerimaan pelajar baharu genial. Naji terkejut kerana dia pernah lihat gadis itu sewaktu dia berlatih memanah di padang sekolah.
"Kau sibuk nak tahu kenapa? Kau suka dia ke?" Ara menyoal kembali. Semak sahaja sepupunya ini. Serabut betul. Macam manalah dia terpilih jadi pengawas kalau suka langgar peraturan sekolah.
"Aku tanya sebab aku nak tahu, takkan tu pun tak boleh." Naji memeluk tubuhnya lalu disandarkan ke mesin air yang besar itu. "Biar aku teka, sebenarnya kau tengah lari dari peminat zombie kau kan? Ouhh mentang-mentang lah kawasan ni genial je boleh masuk lepastu kau pun suka-suka nak guna jalan ni." Ara menjentik-jentik lengan Naji berulang kali.
Naji tergelak dan mengelak jentikan daripada Ara. Bisa betul jentikan sepupunya ini. "Aku memang tak boleh lari dari diorang. Mana-mana aku pergi, mesti diorang kejar aku. Penat tahu tak." Naji menolak rambutnya kebelakang. Berpeluh-peluh dia cuba melarikan diri tadi.
Susahnya jadi orang yang digilai ramai. Apa dia buat pasti ada sahaja benda yang diperhatikan. Hidupnya sangat tak tenang. "Kau kan garang. Marah jelah peminat kau tu." Ara memberikan cadangan sambil menyedut susu kotak.
"Takkanlah aku nak marah diorang, diorang selalu tolong aku time aku nak ponteng kelas tau." Jawab Naji membongkarkan rahsianya. "Kau ni, perangai sapelah kau ikut. Kau jangan sampai aku bebel kat sini eh Naji. Suka-suka je kau gunakan peminat kau untuk kepentingan kau. Kau tak rasa bersalah ke ha. Ei aku lah. Kau jangan sampai aku bagi tahu umi abah." Ara sudah naik angin.
Kalau pasal Naji, memang boleh meningkatkan kemarahannya. Naji amat nakal tapi dia seorang sahajalah kawan lelaki yang sangat-sangat rapat dengannya, jadi nak marah sangat pun tak boleh, nak baik sangat pun tak boleh.
"Ara!" Jerit Haifa dari jauh. "Kau beli air kotak jugak ke!" sambungnya. Dia memang suka minum susu, tak sangka pula yang Ara akan berada di mesin air ini.
Naji yang berada di sebalik mesin air cuba untuk mengintip siapa datang.
"Haah. Kau nak jugak ke. Aku boleh belikan." Jawab Ara sambil menolak kepala Naji untuk menyorok sahaja di sebalik mesin air itu.
"Boleh jugak" Haifa mengangguk . "Ara kau tahu tak tadi aku tengok Akhaira main piano hebat gila!!" Teruja Haifa dibuatnya.
"Hmph! tu pun teruja." Naji berkata perlahan.
"Aaaa memanglahh sebab Akhaira kan Genial Of Musician. Itu yang dia boleh main piano hebat macam tu" Ara cuba menyembunyikan suara Naji.
Naji ni memang cari pasal!
"Lepastu aku tengok Hanim, hebat betul eh dia mengajar budak-budak sekolah rendah dari Sepanyol. Fasih gila!" Haifa melompat teruja.
Dia betul-betul kagum! Melihat Hanim mengajar melalui aplikasi yang mempunyai panggilan video buat Haifa tercengang. Bukan pelajar dari Sepanyol sahaja, pelajar dari Japan, Amerika dan India. Semuanya dia ajar. Agak-agak berapa gaji yang dia dapat eh.
"Biar aku teka. Hanim mesti Genial Of Polyglot kan!?" Haifa cuba untuk meneka gelaran buat Hanim. "Haah! Betul do!" Ara pula yang teruja. Bukan semua orang tahu apa itu polyglot.
Polyglot bermaksud orang mengetahui banyak bahasa, otak mereka dapat mempelajari benda yang baharu dengan cepat dan juga atas faktor-faktor yang lain.
"Apa benda lah, tu pun nak teruja." Naji menjelingkan matanya ke atas. "Aku rasa macam ada orang lain lah kat sini." Kata Haifa lalu dia bergerak ke arah suara itu datang.
Haifa terlihat susuk tubuh lelaki yang lebih tinggi darinya. "Kau siapa???" Haifa menyoal setelah terlihat Naji.
"Kau tu siapa?" Naji pula menyoal Haifa.
Ara menepuk dahinya.
Naji!
"Aku Haifa. Kau siapa? Pelajar genial jugak?" seperti pernah Haifa lihat wajah ini. "Untunglah aku kalau aku pelajar genial, mesti aku dah jadi perempuan sekarang." Jawab Naji sengaja ajak gaduh.
Haifa mengerutkan keningnya. Apa masalah mamat ni. Eh jap! "Kau bukan ke pengawas yang pernah marah aku kat padang haritu?!" jari telunjuk Haifa tepat ke arah wajah Naji.
"Memanglah aku marah kau! Siapa suruh kacau aku nak memanah." Naji berdiri tegak dihadapan Haifa.
Setinggi-tinggi Haifa, tinggi lagi Naji kerana dia lelaki. "Excuse me! Manalah aku nampak kau tengah berlatih kat situ!" Haifa cuba untuk memandang mata lelaki itu. Dia tidak mahu kalah.
"Kalau tak nampak sekali pun, kau kan budak biasa. Budak biasa mana boleh ada kat padang time rehat!" Naji pula membalas.
Mereka bertentangan mata dengan amat lama. Kita tengok siapa kalah dulu.
"Aku lalu situ ada sebab lah! Kau fikir aku suka-suka ke!" Haifa menjadi geram. Wah! Wah! Ini lelaki pertama yang mencari pasal dengannya. Budak kelasnya yang lama pun jarang sekali mahu cari gaduh.
Mungkin lelaki dihadapannya ini tak tahu yang dia mempunyai tali pinggang hitam! Cuba lah cari pasal dengan Haifa!
"Naji! Kau buat apa kat sini!!" Satu suara lantang terdengar dari jauh. Mereka bertiga memandang ke arah suara tersebut.
Alif?!!
Haifa terkejut besar kerana tidak pernah dia melihat Alif bersuara kuat seperti itu.
Now you know Haifa..
Naji berdiri jauh dari Alif. Takut dia melihat wajah Alif yang garang. "Aku... aku..." hilang terus kata-kata Naji. Haifa memandang dengan wajah tidak percaya. Ouh tadi bukan main berani ya gaduh dengan dia. Sekali Alif tanya, terus hilang ayat.
"Alif, kau marah sikit Naji ni. Dia memang tak serik. Lari dari peminat, pergi masuk kawasan genial." kata Ara. "Jadi nama kau Naji lahh." Kata Haifa perlahan namun dapat didengari oleh Naji.
"Baik kau ikut aku sekarang. Pengetua panggil." jawab Alif. Dia sebenarnya rapat dengan Naji jadi tak mungkin dia akan marah Naji. Cuma dia sedikit marah kerana Naji bercakap dengan Haifa daripada tadi.
"Haifa dan Ara korang pergi masuk kelas." Arah Alif. Laju sahaja Haifa dan Ara bergerak jauh dari situ. Tak mampu nak pandang wajah Alif yang garang itu.
"Kau ni relaks lah, jangan marah-marah." Naji berborak dengan Alif ketika mereka berdua berjalan keluar dari kawasan genial. Naji amat menghormati Alif. Apa sahaja Alif cakap, semua dia akan turuti kerana dia menghormati Alif sebagai rakan rapatnya.
"Kau jangan borak dengan budak baru tu." kata Alif. "Eh apa pasal pulak? Kau tak pernah-pernah kawal aku tau." Kata Naji tidak percaya. "Hmm jangan jelah." Alif mahu menghalang tapi dia sendiri tiada sebab yang kukuh.
Naji memandang Alif, yang paling pelik tiba-tiba sahaja tutur kata Alif menjadi sopan. Naji mensyaki sesuatu. "Kau... kau seriuslahh." Naji tidak percaya. Biar betik!
"Bukan macam apa yang kau fikir lah." Alif menjawab. Naji ternganga. Alif ni betul-betul dah jatuh cinta ke! Sepanjang empat tahun berkawan, ini kali pertama dia lihat Alif seperti ini. Wow!
Selalunya garang dan tegas itu ialah Alif. Naji tidak boleh terima Alif mempunyai taman di dalam hati! No!!
"Eh dah lah. Cepat sikit. Pengetua dah tunggu" Alif berjalan laju.
"Oi Alif! Kau tak boleh jatuh cinta tau! Aku takboleh terima!" Naji mengejar Alif dari belakang. Alif tidakmempedulikannya dan terus berjalan menuju ke bilik pengetua.
To be continued...
■■■
Update : 15 May 2020
Thank you for reading ❣
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...