BAB 39

959 112 34
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bulan purnama pada malam itu menarik perhatian Haifa. Entah kenapa, sekarang dia seperti suka melihat bulan purnama walaupun ianya membawa maksud yang tidak baik kepada ahli Beast Hunter.

Naji dan Haifa berada di atas sebuah pohon yang amat besar, mungkin pohon tertua di dalam hutan ini?

Mereka berdua duduk di atas sebatang dahan besar sambil menghadap ke arah bulan yang bersinar terang pada malam itu.

Tangan Haifa memanjang ke hadapan seperti dia sedang mengapai bulan tersebut. Naji memandang wajah gadis di sebelahnya itu. Wajahnya sedang tersenyum mekar.

"Kau... suka dengan pemandangan ni?" Tanya Naji ingin tahu setelah melihat wajah Haifa yang gembira.

Haifa mengangguk. "Suka. Kau tak suka ke?" Soalnya ingin tahu.

Naji termenung sedetik. "Aku suka, tapi..." kata-katanya terhenti. "Tapi???" Haifa memandang wajah Naji. Kakinya disilangkan untuk bersila.

"Selagi misi aku belum selesai. Aku benci dengan bulan... Aku, akan pastikan aku berjaya matikan ke semua beast yang ada dalam dunia ni." Suara Naji sangat bersemangat, sehingga Haifa kagum dengan kesungguhan Naji.

"Ouhhh macam tu... jadi kau sanggup pertaruhkan apa-apa sahaja demi menghapuskan beast??" Haifa memandang Naji.

Naji mengangguk. "Apa-apa sahaja..." jawabnya. "Well, aku bangga pulak tengok kau bersemangat macam ni. HAAHAHA" Haifa menampar lengan Naji dengan kuat namun Naji tidak memberikan sebarang reaksi.

"Tak kira apa cara, aku akan pastikan... benda ni akan terhapus dari dunia kita." Naji mengenggam pemegang pedangnya yang berada di pinggang.

"Yes. Aku sekarang dah makin pro, aku pasti dapat hapuskan ke semua beast yang dah hancurkan manus-"

"Bukan tu maksud aku." Naji memotong ayat Haifa.

Haifa memandang Naji pelik. "Huh?" Dia kebingungan. "Aku... akan cari cara untuk kita hapuskan ke semua raksasa ini dengan serentak."

"Macam mana??" Haifa tidak mempercayai kata-kata Naji. Tak mungkin... perkara yang Naji cakapkan itu sangat sukar.

Kemunculan Beast Hunter bermula dari awal 90-an dan sehingga kini... tiada siapa pun yang menjumpai cara untuk menghapuskan ke semua mahluk ini dengan serentak!

"Aku dan Aura serta profesor-profesor masih mencari dan mengkaji caranya. Tapi, aku yakin suatu hari nanti, kami akan temui caranya." Jawab Naji.

"Kejap! Mengkaji? Bersama Aura? Profesor? Kau pun terlibat sama dalam bahagian makmal ke?" Soalnya ingin tahu.

Dia tidak menyangka pula Naji juga merupakan sebahagian daripada manusia yang memakai kot putih makmal.

"Aku, tahu banyak perkara perihal beast. Apa yang Aura tahu, tidak setanding dengan apa yang aku tahu. Oleh sebab itu, aku terlibat sama dalam bahagian makmal." jawab Naji.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now