BAB 26

924 94 14
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆

"Paper tadi, boleh tahan susah jugak."

"Aku risau markah aku jatuh teruk ni."

"Haihh."

Haifa tersedar, dia mencelik matanya sedikit demi sedikit. Biasan cahaya diterima oleh matanya menyebabkan matanya terkelip-kelip.

'Kenapa ramai sangat suara kat sini. '

Haifa tidak dapat memastikan apa yang suara-suara itu sedang borakkan.

"Eh! Haifa?!!" Suara Fazira memecahkan keadaan yang asing sebentar tadi.

"Haifa dah bangun. Senyap-senyap."

"Hanim panggil doktor!"

Haifa cuba untuk menjelaskan penglihatannya. Matanya dilorot dari kiri sehingga ke kanan. Majoriti kesemua rakan-rakannya berada di situ.

Haifa menarik nafas sebelum mula berbicara. Terasa perit untuk bercakap ketika ini. Tekaknya haus.

"Air! Air! Kasi Haifa Air!" Dhera mengesa Insyirah yang berada dekat dengan botol air. "Nah! Nah! Nah!" Insyirah terikut kalut bersama. Lucu melihat gelagat mereka.

Gulp.

"Er..." Haifa bersuara lalu Zahira mendekatkan telinganya ke arah mulut Haifa yang tertutup dengan alat bantuan pernafasan.

"Aku kat mana?" Tanya Haifa lemah. "Kau dekat unit rawatan." jawab Zahira setelah mendengar soalan dari Haifa.

Haifa mengangguk faham.

Dia memandang rakan-rakannya. Mereka tersenyum gembira tetapi mengalirkan air mata.

"Maafkan kitaorang..." kata Aura perlahan. Menyesal kerana tidak dapat melindungi kawannya lagi.

Kesan pukauan Ara tamat setelah 30 minit berlalu. Lenguh kaki mereka kerana terpaksa berdiri kaku begitu. Setelah pukauan Ara tamat, Alif meminta untuk mereka tidak melawat Haifa selagi tidak mendapat arahan daripadanya.

Alif itu, ikut kepalanya sahaja. Suka-suka sahaja halang mereka untuk datang dari melawat Haifa. Nasib baik hari ini mereka dibolehkan untuk melawat Haifa.

Luluh hati mereka melihat keadaan Haifa yang agak teruk. Mereka tidak boleh menyalahkan Ara denga napa yang berlaku semalam, setelah Ara sedar dan pulang ke kediaman Cómodo, dia tidak berhenti menangis dan asyik menyalahkan dirinya.

Puas mereka memujuk Ara. Nasib baik pagi tadi, Ara kelihatan sedikit baik dari semalam. Semalam lagi teruk, dia asyik termenung dan menangis sendirian.

"Dah berapa lama aku kat sini?" Soal Haifa lagi. "Satu hari" jawab Zahira. Mata Haifa terbuka luas.

Apa! Satu hari?!!

"E..exam aku ma...macam mana!!" Suara Haifa sedikit kuat. "Ish kau ni! Kau tengah sakitkan! Kenapa pulak fikir pasal exam!" Fazira terus bercekak pinggang.

Amboi budak ini, sudah hampir mati, tinggal separuh nyawa pun boleh fikir pasal periksa?!

"Jangan risau. Cikgu Z cakap kau boleh ambik periksa lepas kau sembuh." jelas Afira. "So cepat-cepat sikit sembuh!" Akhaira menampar perlahan tapak kaki Haifa.

Haifa tersenyum lega. Risau betul dia kalau tak dapat ambik periksa. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. Matanya mencari kelibat seseorang.

Seorang gadis sedang duduk memeluk bahu di sofa yang berhadapan dengan katil Haifa. Wajahnya sedih yang amat.

"Ara..." panggil Haifa. Ara tersentak lalu memandang Haifa. Tangan Haifa digerakkan, memanggil Ara menghampirinya.

Ara tidak bangun. Dia takut. Dia rasa bersalah sangat. Afira tidak mahu Ara terpaku di situ sahaja, lalu dia menarik lengan Ara dan membawanya berdekatan dengan katil.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now