☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
"LARI WEI LARI!!!"
"AKU TAK READY NAK MAIN KEJAR-KEJAR NI!!!!"
"AAAAAA!!"
Semua melarikan diri menuju ke pintu dewan yang berada jauh di belakang. Setelah mereka menerima arahan daripada Alif, masing-masing mula cuak.
Langkah sebesar-besarnya di buka.
Zahira sengaja memandang ke belakang, lalu kepalanya laju sahaja memandang kehadapan semula.
Matanya terbeliak. Air liur ditelan kesat dalam pada masa yang sama cuba mengawal pernafasannya agar tidak semput.
Dia tidak percaya dia sedang dikejar oleh raksaksa yang lima kali ganda besarnya!
TAKUT!
Dua ekor beast besar itu sedang mengejar mereka dari belakang dengan bukaan mulut yang luas, menampakkan gigi mereka yang besar dan juga lendiran air liur keluar daripada situ.
Jadi dari situ rupanya kehadiran lendir-lendir yang penuh di dalam dewan ini.
Raksasa-raksasa itu seakan-akan sudah bersedia untuk menelan enam pelajar perempuan yang sedang berlari di hadapan mereka.
"PHOENIX CEPAT!" Hanim menjerit dari pintu dewan. Dia dan Haifa berada di luar dewan untuk menjaga pintu keluar masuk dewan tersebut.
Mereka pula yang seram melihat rakan-rakan mereka dikejar oleh dua mahluk besar di belakang itu.
'Beast ini sudah bertukar sepenuhnya menjadi tubuh badan mereka sendiri, maknanya sekarang, giliran Aura untuk bertindak.' Bisik Hanim.
"Laporan untuk Phoenix Adara, 2 mangsa sudah boleh dicari." Hanim memberi isyarat kepada Aura untuk memulakan pencarian dan pengumpulan mangsa-mangsa yang dirasuki oleh beast.
Nama-nama Phoenix sudah ditukar. Mereka meletakkan nama-nama bintang selepas perkataan Phoenix.
Idea ini merupakan idea daripada Alif. Nama-nama bintang yang dipilih oleh Alif mempunyai maksud dan kelebihan tersendiri.
"Roger that." balas Aura dan terus bergerak menuju ke dewan untuk mencari pelajar-pelajar tersebut.
Rancangan ini telah diatur oleh Alif dan Aura. Alif akan memerhati pergerakan Beast Hunter di pusat kawalan, manakala Aura dan Naji, ditugaskan untuk mengumpul kesemua mangsa di tempat yang dipilih oleh Alif.
Dhera pula sudah berada di satu menara tinggi yang membolehkan dia memerhati keseluruhan kawasan sekolah ini. Ia akan memudahkan tugasnya bagi menembak beast yang mahu lari keluar dari kawasan sekolah.
Akhaira ditugaskan untuk menggunakan kaca mata sinaran haba bagi menjejaki kedudukan pelajar-pelajar yang disembunyikan oleh beast.
"Korang cepat!" Zahira memanggil Haifa dan Hanim untuk masuk ke dalam dewan bagi membunuh mahluk besar itu.
Setelah mereka yang berada di dalam dewan tersebut telah keluar. Haifa dan Hanim akan menyelesaikan dua ekor mahluk itu, dan yang lain akan mula berpecah kepada dua kumpulan.
Hanim dan Haifa berlari masuk ke dewan dan segera menembak peluru khas yang akan menyakitkan beast.
BANG!
BANG!
"GGRRRRRAAAAAAA!"
Hanim dan Haifa segera mengeluarkan senjata mereka yang baharu.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...