☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Alhamdulillah.
Akhirnya, cerita Genial : Beast Hunter sudah tamat!
Yay!!
Ini merupakan cerita pertama buat sis yang berjaya ditamatkan sepenuhnya.
Percayalah, terkadang tu rasa sudah putus asa untuk menyambung menulis Genial.
Namun, dengan permintaan dan harapan daripada pembaca aktif untuk Redyn menyambung Genial ini, akhirnya cerita ini dapat dihabiskan sepenuhnya.
Terima Kasih semua!
Jujur, penulisan Redyn masih tidak cantik dan banyak lagi perlu diperbaiki.
Lagi-lagi apabila Redyn terus melompat ke arah cerita bergenre misteri dan aksi. Bila nak tulis bahagian lawan-lawan adalah perkara yang paling susah!
Ouh ya, dan juga ketika hendak menulis bahagian sedih. Sis Redyn susah sikit nak nangis, jadi bila Sis tulis, banyak kali juga padam sebab hati sis keras.
Sis sendiri tak nangis. Hahahahahaha.
Tapi bila baca komen korang, ada yang menangis tu. Sumpah! Sumpah! Sis rasa berbaloi gila sis tak tidur sampai pukul empat pagi!
Sayang korang gila-gila!! 😭
Sis tak nak buat happy ending sebab sis memang dah lama ada impian untuk buat sad ending. HAHAHA!
Maafkan sis, kalau korang benci sis sebab matikan watak Haifa. Silakanlah. Sis layak dibenci. Hohoho!
Hari demi hari, cerita sis ramai orang baca. Hari demi hari juga sis selalu screenshot komen-komen korang yang buat sis happy.
Daripada 1 views dan dah naik 20K views. Gila! Memang tak dijangka. Cerita sis sebelum ni, 3K je paling tinggi, tu pun dah unpublish sebab cerita tu agak geli-geli. Hahahahaha.
Sengaja sis habiskan cerita ni pada hari kemerdekaan sebab sis nak buat Genial ni macam special sikit.
So nanti tahun depan, kemerdekaan yang ke-64. Sis akan ingat yang Genial juga tamat pada tarikh bersejarah ini. ❣
♧♧♧
Bermula esok sis akan mula edit cerita ni semula. Mungkin bahagian Important tu sis akan ubah kepada prolog. Jadi kalau siapa-siapa nak baca. Dipersilakan.
Cumanya maaf kalau noti korang terganggu dengan update daripada cerita sis.
♧♧♧
Akhir sekali, sis nak guna ruangan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekolah sis yang mencadangkan sis untuk buat cerita pasal mereka.
Ya, watak-watak itu semuanya kawan-kawan sekolah sis. Pada mulanya, nak buat cerita pasal kawan-kawan sekolah saja, tetapi terlompat menjadi aksi dan misteri pula.
Ini ialah nama sebenar kawan sis dan watak mereka.
Akhaira 👉 Khairina
Dhera 👉 Husna
Aura 👉 Alisa
Ara 👉 Amira
Insyirah 👉 Izzath
Hanim 👉 Hanani
Fazira 👉 Nazirah
Afira 👉 Farah
Zahira 👉 ZulaiqaTerima Kasih sayang-sayang semua..muah ❣
Dan juga kepada pembaca-pembaca genial. Korang memang terbaik daebak daebak daebak!!
Tak dapat nak sebut nama sorang-sorang tapi cukuplah nama korang melekat dekat otak sis ni.
Sayang korang! Muahhh ❣❣
Okaylah itu sahaja.
Sis ada letak link acc twitter sis kat bio. Kalau siapa-siapa ada twitter boleh lah follow sis, nanti sis followback and boleh kita sembang kat situ banyak-banyak.
Byee ❣
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...