BAB 18

936 110 0
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Alif berdiri di hadapan Haifa lalu membuka kotak kecil di tangan. Sebutir cincin berwarna emas di keluarkan.

"Don't worry. Ini bukan lamaran. If I want to propose to you, I will do it better than this" Kata Alif sambil menyarungkan cincin itu di jari manis Haifa.

Haifa segan. Macam mana Alif tahu apa yang dia fikirkan tadi.

"So, what is this? " soal Haifa meneliti cincin yang telah disarungkan di jari manisnya. Jika dilihat dengan teliti, cincin itu diukir berbentuk bulu pelepah.

'Cantik!' Gumam Haifa

"Semua orang ada cincin ni. Look. " Alif menunjukkan jarinya tersarung cincin yang sama seperti Haifa. "Cincin Beast Hunter? " Haifa menyoal kembali. Alif mengangguk.

Semua yang berada di sini lupa yang mereka juga mempunyai cincin yang sama seperti yang tersarung dijari Haifa. Bukan lupa kerana nyanyuk, tapi terlalu terkejut melihat Alif menyarungkan cincin itu dijari Haifa.

Sebelum ini, mereka akan menerima kotak itu dan menyarungkan cincin ke jari mereka sendiri.

Cemburunya dengan Haifa!

VVIP yang duduk di kerusi di atas pentas dewan mula bangun dan mendekati Haifa. "Tahniah kerana telah menjadi sebahagian daripada kami." Seorang wanita yang sudah berumur namun nampak sangat menawan menghulurkan tangan kepada Haifa.

Haifa menyambut huluran dan mengangguk sebagai tanda terima kasih. VVIP yang hadir hanyalah terdiri daripada lima orang.

'Jadi mana satu Master MnQ seperti yang Fazira katakana itu? ' detik hati Haifa.

"Selamat datang ke Organisasi Beast Hunter. Nama saya Oitaka." VVIP terakhir mengucapkan tahniah kepada Haifa. Haifa menudukkan sedikit kepalanya.

Encik Oitaka kemudian berjalan menuju ke rostrum untuk menyampaikan sepatah dua kata.

"Malam ini, bersaksikan ahli beast hunter. Kita telah menerima ahli yang baru!"

Mereka menepuk tangan dengan kuat. Oitaka merupakan orang terpenting di dalam Beast Hunter. Dia boleh dikatakan sebagai penolong pengasas Beast Hunter.

Selain daripada umurnya yang baru mencecah 30-an dia juga mempunyai wajah yang kacak. Orang kata, kacak walaupun sudah berumur.

"Sir Oitaka the best!!" seorang gadis menjerit dengan teruja.

BAM!

Bunyi kuat yang datang dari belakang dewan, menarik perhatian semua orang. Haifa yang berada di pentas cuba untuk melihat dari mana datangnya bunyi bising itu.

Matanya terlihat lembaga hitam yang telah berlumuran dengan darah. Lembaga hitam yang empat kali ganda besar sedang memandang ke arahnya.

"BEAST!!" Alif menjerit.

Semua yang berada di situ serentak mengeluarkan senjata yang mereka simpan di kaki. Mereka menumpukan perhatian ke arah seekor haiwan yang tidak mempunyai tubuh fizikal tetap, tetapi sebenarnya amat ganas.

Bang!

Bang!

Bang!

Tiga tembakan dilepaskan ke arah roh haiwan itu. Darah terpecik di dinding dewan. Lembaga tadi tidak sempat mengelak tembakan dari Beast Hunter kerana terlalu lemah.

Haifa yang berada jauh di pentas dapat menyaksikan segala-galanya. Dia terkedu kerana masing-masing yang berada di situ memegang pistol dan pisau yang telah diacukan ke arah lembaga tadi. Ini ke rupa beast yang mereka cakapkan?

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now