BAB 11

997 103 0
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

"Perangai Sarah tu memang dah tak boleh nak ubah. Orang tak cari pasal pun dia cari pasal. Nasiblah kau ni penyabar Haifa. Kalau aku kat tempat kau tadi, aku dah lempang tau dia." panjang bebelan Amira sehingga dia tidak sedar Haifa berada jauh di belakangnya.

"Haifa!" sahut Amira. Haifa sedang berdiri kaku di situ. Wajahnya tertunduk sedikit. Amira mengerutkan dahinya. Apa yang tidak kena dengan Haifa kali ni.

"Wei kau ok tak ni Haifa??" Wajah Amira sudah risau. Dia menunggu respon daripada Haifa. Amira mengenggam kedua-dua tangan Haifa.

"Kau ada masalah ke? Nak share ngan aku?" Tanya Amira prihatin. Haifa menggeleng kepalanya perlahan.

"Aku.."

"Aku tak percaya aku cakap macam tu dekat Sarah tadi." Wajah Haifa terdongak untuk memandang Amira. Wajah Haifa tampak ceria. Amira tidak faham apa-apa kemudian mengerutkan keningnya.

"Selama ni, aku penakut. Aku diam bila kena marah dengan mak tiri aku. Selama ni, aku tak mampu nak lawan. Sebab aku tahu, aku tak ada tempat lain nak pergi kecuali rumah arwah mak ayah aku tu. Kau tahukan, aku memang tak ada apa-apa selain diri aku..

Kalau aku lari, kalau aku keluar dari rumah tu.. aku sehelai sepinggang Mira. Aku pernah nak lari, tapi akal aku masih berfungsi lagi. Aku tak rasa lari dari rumah boleh selesaikan masalah aku..

Tapi sekarang.. aku dah nampak! Aku dah nampak jalan aku! Jalan untuk aku pergi jauh daripada diorang. Aku betul-betul kena menang pemilihan ni. Aku nak ubah hidup aku.." mata Haifa bersinar-sinar seperti ada harapan untuknya.

Amira tersentuh.

Baru kali ini dia nampak kesungguhan Haifa. Selama ini, dia fikirkan nasib selalu menyebelahi Haifa sehingga harini ini kerana dia masih lagi tidak tersingkir, namun dia sudah sedar yang Haifa sendiri yang sudah mencuba sehabis baik untuk bertahan sehingga hari ini. Haifa benar-benar perlu capai peluang ini.

Amira tersenyum memandang wajah kawannya itu. "Kau jangan risau Haifa. Aku ada dengan kau. Aku perlukan kau dan kau perlukan aku. Aku akan pastikan kau dapat masuk Genial." Amira mengenggam tangannya lalu diangkatnya seperti gaya 'berusahalah!'

"Betul ke ni?" Wajahnya seolah-olah tidak percaya. Haifa tahu Amira berusaha keras untuk terpilih dalam pemilihan ni. "Ya. Sekurang-kurangnya, kalau aku tak terpilih. Aku masih boleh datang sekolah ni, tapi kau... kau mesti kena pindah kalau tak lepas.." kata Amira sedih mengingatkan perihal itu.

Haifa tersengih menampakkan gigi putihnya yang tersusun itu. Dia betul-betul hargai usaha kawan baiknya itu.

Baiklah dia akan berusaha!

♧♧♧

Haifa menghempaskan badannya di atas katil bersaiz queen itu. "Empuknyaa." katanya perlahan. Dia tersenyum sehingga telinga.

Hari ini merupakan hari pertamanya dia tinggal di kediaman Genial yang di panggil Cómodo yang bermakna selesa. 

Hari terakhir di dalam pemilihan Genial, sekali lagi nasib menyebelahinya. Sarah gagal untuk sampai ke destinasi terakhir manakala Amira terkeluar daripada pertandingan kerana menolongnya.

Wajah Haifa sedikit muram. Rasa bersalah menyerbu dirinya. Tanpa bantuan Amira semalam, dia mungkin tidak sampai di sini. Tak mungkin dia akan menjadi salah seorang pelajar Genial.

[ Flashback ]

"Amira maafkan akuuu. Kalau tak sebab aku cuaii, mesti kau dalam pertandingan lagii" Haifa memeluk rakan baiknya itu.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now