BAB 25

909 89 6
                                    

 ☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆ 

Beep. Beep. Beep. Beep.

Sunyi dan aman keadaan di dalam unit rawatan. Katil Haifa dan Ara diletakkan bersebelahan. Mesin ventilator yang membantu menyokong pernafasan mereka, berbunyi mengikut denyutan jantung.

Alif berdiri sambil bersandar di dinding, tangannya disilangkan dan wajahnya sedikit cemberut. Dia memandang Haifa sejak dari tadi. Perasaan risaunya masih tidak lagi hilang. Wajah yang sedang tidur itu nampak begitu tenang walaupun tercedera teruk.

Leher Haifa disokong dengan simen yang mengelilingi lehernya. Ini untuk membantu proses penyembuhan tulang leher yang telah patah.

Doktor tidak melakukan sebarang pembedahan kepada Haifa kerana tulangnya tidak lari dan hanya berlaku pendarahan dalaman.

Bibirnya yang pecah juga telah diletakkan ubat. Tangan kirinya luka ditulang jari, seperti dia menumbuk sesuatu.

Setiap kali Haifa menarik nafas, keningnya tergerak seperti sedang menahan sakit. Mungkin lebam di pinggangnya menjadi punca.

Alif menunduk sayu. Kemarahannya tidak dapat diungkap walaupun teringin sekali untuk dia memberi hukuman kepada Ara, namun tidak mungkin dia akan berbuat sedemikian kerana Ara juga tidak sedar dengan perbuatannya itu.

Jam di dinding menunjukkan pukul 3 petang. Sejak dari pukul 11 pagi tadi, Dia masih berada di dalam unit rawatan untuk melihat dua gadis itu. Baru sahaja beberapa minit yang lepas doktor memaklumkan kepadanya kemungkinan untuk Haifa sembuh, mengambil masa yang lama, lagi-lagi di kawasan kiri leher dan kanan pinggang.

Hampir 40 minit juga doktor dan jururawat mengambil masa untuk mengeluarkan kaca-kaca yang berada di bahagian belakang badan Haifa.

Alif diberi arahan untuk tidak menganggu Haifa dalam beberapa hari ini kerana gadis itu memerlukan rehat yang cukup.

Tidak mungkin dia akan meninggalkan Haifa di sini bersama Ara, bagaimana kalau Ara terjaga dan masih mahu mencederakan Haifa, tak sanggup dia untuk membayangi kejadian itu.

Pintu bilik di buka. Naji berjalan mendekati Alif lalu menghulurkan air tin yang telah dia beli di mesin air. "Kau dari tadi berdiri kat sini, kau pergi makan sekarang. Biar aku jaga pulak." Naji memarahi Alif dengan nada yang biasa, risau dia melihat Alif seperti ini.

Alif diam, tidak menjawab apa-apa. Dia masih lagi termenung. Naji menuju ke sofa yang berhampiran lalu melabuhkan punggungnya di situ.

"Haih, dah ada sofa pun nak berdiri lagi." katanya sendiri lalu meneguk air di dalam tin.

"Ara macam mana?" Soal Naji lagi. Sedari tadi Alif asik diam sahaja. Sengaja dia menyoal soalan bertalu-talu.

"Doktor cakap dia okay je, dia tengah tidur. Tak ada kecederaan teruk pun" akhirnya Alif menjawab.

Naji mengangguk. Suasana kembali sepi buat beberapa saat.

"Emm, Haifa??" Naji sebenarnya segan untuk bertanya kerana dia sendiri boleh nampak Haifa dalam keadaan yang teruk.

Alif mengeluh.

"As you can see... haih. Doktor cakap kat aku, dia perlu rehat yang lama..." jawab Alif.

"Ouh...." kata Naji.

"Doktor nak buat report polis tadi..." kata Alif pula.

Naji terkesima.

Dia mengenggam tangannya dengan kuat. Dia tahu, memang perkara ini akan berlaku. Naji dah tak mampu berbuat apa-apa demi Ara.

'Maafkan aku Ara.'

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now