☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Seawal enam pagi lagi, Haifa dan Aura sudah bersiap. Seperti yang dijanjikan oleh Haifa kepada Aura semalam, hari ini dia perlu mengikut Aura ke suatu tempat.
Mereka berdua menutup pintu rumah dengan perlahan. Haifa memandang langit yang masih gelap itu.
Ke mana agaknya Aura hendak membawanya?
"Haifa jom ambil basikal kat garaj." Aura sudah berjalan terlebih dahulu menuju ke garaj rumah.
Haifa mengangguk. Udara segar pada pagi itu tidak dia sia-sia kan. Dihirup dengan dalam oksigen, nikmat Allah berikan.
"Kau nak bawak aku gi mana ni Aura?" Soal Haifa sambil menaiki basikal. Aura tersenyum kecil.
"Adalah, tapi tempat ni kau dengan aku je tahu tau, and also Madam V and Miss Castell." balas Aura.
Haifa mengerutkan dahinya sambil memulakan kayuhan mengikut Aura dari belakang.
Kemudian dia mempercepatkan kayuhan menuju ke sisi Aura.
"Maksud kau makmal??" Tanya Haifa. Jika ianya makmal, Haifa jadi teruja untuk menuju ke sana.
Sepanjang menjadi ahli Beast Hunter tidak pernah sekali pun dia menapak ke situ.
"Bukan makmal, tapi tempat ni mungkin boleh bantu kita." balas Aura. Dia sebenarnya mahu membawa Haifa ke tempat pengurungan beast.
Kawasan yang mereka tuju masih berada di dalam kawasan Kediaman Còmodo jadi dengan menaiki basikal pasti akan mudah sampai.
Lagi pula, tempat ini berada di dalam kawasan hutan jadi memang basikal adalah kenderaan terbaik untuk menuju ke sini.
Setelah 15 minit mengayuh, mereka tiba di hadapan sebuah rumah kecil. Haifa tidak sangka di kediaman mereka ini terdapat penghuni lain.
"Ada orang lain ke yang tinggal dalam kawasan ni???" Haifa sedikit teruja.
Rumah beratapkan zink dan dinding yang diperbuat dari batu-bata itu membuatkan rumah tersebut nampak cantik walaupun kecil.
"Ada, tapi bukan manusia" balas Aura sambil menyengih. Tidak semena-mena bulu roma Haifa menegak setelah Aura berkata sebegitu.
Jika bukan manusia tinggal di sini... maka hantu lah kan yang menetap di rumah ini?!
"Mm..mak..maksud kau... han-"
"Ish! Apa kau ni. Bukan Cik Han lah. Cuba lah fikir baik-baik sikit..kita dalam hutan ni." Marah Aura sambil membuka pintu tersebut dengan kunci di tangannya.
Haifa melepaskan nafas lega namun dia seperti hendak marah juga dengan Aura kerana dia yang menjadi punca mengapa Haifa berfikiran negatif.
Jika bukan manusia, siapa lagi yang akan menetap di sini???
Haifa mengikut Aura di belakang setelah pintu rumah tersebut di buka. Sangat ringkas. Di ruang hadapan hanya mempunyai sebiji sofa dan sinki.
Lalu, di tengah-tengah ruang pula terdapat plastik-plastik keras yang berjuntaian dijadikan langsir.
Haifa hanya mengikuti langkah Aura sehinggalah dia dan Aura melepasi langsir plastik keras itu.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...