BAB 6

1K 112 3
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆ 

"Toiletries ada, beg pakaian ada, selipar ada, slepping beg ada, tudung..." Amira memandang wajah kembarnya.

Muka Alif seperti tidak faham.

Amira mengangkat kedua-dua belah tangannya seolah-olah menyoal 'di mana tudungnya.'

Haifa yang berada di sebelah Amira hanya berdiam diri.

"Mana tudung aku?????" Amira menyoal. "Kau cakap barang kau semua longgok kat satu tempat je. Aku ambil semua dah, mana ada tertinggal" Alif memberi penjelasan.

Amira terus meluku kepala kembarnya itu.

"eiii" kepala Alif diluku.

"aduhh!"

Haifa tergelak kecil. Sumpah kelakar tengok Ketua Pengawas kena pukul macam tu. "Kan aku cakap tudung aku hang kat dinding" suara Amira semakin tinggi.

"Kau tk cakap punn!" Alif memarahi Amira sambil menggosok kepalanya. "Aku cakap kat kau kan waktu kat kantin tadi!" Amira menyoal kembali. "Mana ada!" nada Alif sedikit tinggi.

Amira tidak berpuas hati lalu dia menyebut nama Haifa. "Haifa, aku ada cakap kan kat dia suruh bawak tudung aku tadi?" tanya Amira tidak mahu kalah.

Haifa sebersalah untuk menjawab, dia memandang kembar seiras lelaki dan perempuan di hadapannya itu.

"er.. sebenarnya Amira... kau tak ada cakap pun..." Haifa menggosok bahu kirinya menggunakan tangan kanan. Amira sudah mengerutkan dahinya. Dia cuba mengingat kembali permintaannya kepada kembarnya petang tadi.

Kini giliran Alif pula meluku kepala kembarnya itu.

"Aduduhh!" Amira menjerit sakit.

"Padan muka." Alif memeluk tubuhnya.

Haifa menggeleng kepala melihat kembar berdua ini. Apa-apa sahajalah. Sekejap lagi mereka perlu memasuki ke dalam dewan. Jantung Haifa seperti mahu terkeluar kerana dia tidak pasti sama ada dia akan disingkirkan atau tidak. Kalau dia disingkirkan mungkin ini kali terakhir dia berjumpa dengan Amira.

Jika Haifa tidak mendapat tempat di kelas Genial, dia akan berpindah sekolah dan keluar dari rumah ayahnya itu. Dia ingin hidup berdikari.

Amira terpandang wajah Haifa. "Kau okay tak ni??" Amira menyoal risau.

"Okay je. Hahaha." Haifa berlakon.

"Kau jangan risau okay, kalau diorang singkirkan kau. Aku pun akan keluar" Amira mengambil tindakan maut.

"HAH!" Haifa dan Alif serentak menjerit.

Amira terkejut. Kenapa? Salah ke apa yang dia cakap?

"Kau ni kalau nak berkorban pun agak-agaklah. Kau korbankan salah satu impian warga pelajar SMK Genial kau tahu tak?" Haifa memarahi Amira.

Alif mengangguk setuju. "Betul tu, even kelas genial hanya untuk pelajar perempuan, kau fikir aku dengan geng-geng aku yang lain tak cemburu ke dengan budak genial" kata Alif pula.

"So? Kenapa pulak? Kalau Haifa terkeluar, aku tak ada kawan. Bila aku tak ada kawan aku keseorangan. Bila aku keseorangan aku takkan buat dengan baik untuk pemilihan genial tu. Jadi tak ada gunanya juga kalau aku masuk" Amira menjelaskan niatnya mahu mengikut Haifa jika rakan baiknya itu terkeluar.

"Kau tak boleh tarik diri macam tu je sebab aku dah ada rancangan aku sendiri. Mungkin kalau aku tak lepas pemilihan ni aku akan pindah sekolah." kata-kata Haifa memeranjatkan Amira.

"Pindah sekolah?? Janganlahhh." Amira menarik lengan Haifa tanda memberontak.

"Lahh, kenapa pulak aku tak boleh pindah sekolahh." Haifa tergelak melihat gaya mengada Amira. Amira menghentak-hentak kakinya. Kelakar bila melihat karenah rakannya itu.

"Nanti aku takde kawan baik" jawab Amira ringkas namun mulutnya sudah muncung ke hadapan.

"Tapi, kita baru je sehari berkawan Mira" Tergelak Haifa mendengar alasan Amira. Baru sahaja mereka berkenalan. Tidak sampai 24 jam pun lagi. Bagaimana pula dia boleh menjadi kawan baik Amira.

"Kalau macam tu. Aku akan pastikan kau masuk kelas Genial" kata Amira penuh nekad.

Haifa menggeleng kepala. Macamlah Amira boleh buat apa-apa kalau dia kena keluar dari pemilihan genial.

Setelah itu, mata Haifa tertumpu ke arah sebuah kereta yang baru memasuki pekarangan sekolah.

'itu macam kereta ayah'

"Eh, mira.. aku pergi sana jap" Haifa terus menuju ke arah kereta yang dikenalinya itu. Amira dan Alif menghantar Haifa dengan pandangan sehingga Haifa sampai ditempat yang dia tuju.

"Mak ayah dia ke??' Alif menyoal ingin tahu.

"Bukan, mak ayah dia dah meninggal.. itu mak tiri dia" Amira menjawab pertanyaan kembarnya. Mereka bedua memerhati Haifa yang sedang menyalam ibu tirinya.

"Itu...bukan Sarah Sarina ke??" Alif mengecilkan matanya.

"Haah, Sarah saudara tiri Haifa." Amira menjawab dengan nada mendatar. Benci mungkin melihat wajah Sarah. Alif memandang kembarnya.

Saudara tiri??

"Seriuslah!" air muka Alif sudah berubah. Dia tidak sangka Sarina merupakan saudara tiri Haifa.

"Ye abang kuuu. Sarah Sarina ialah saudara tiri Haifa. Kau jangan nak terkejut sangat sebab tak ada apa yang mustahil dalam dunia ni. Sebagai contohnya, entah-entah kita ni bukan kembar tapi kau tu yang sibuk tiru muka aku."

Alif terus meluku kepala kembarnya. Apa masalah dia ni tak puas hati sejak lahir. Nak gaduh please lah gaduh waktu dalam rahim ibu dulu... ni dah keluar dan membesar, macam mana nak ubah rupa.

"Aduii! Sakitlah!!!!" Amira menumbuk manja lengan kanan kembarnya. "Eh! Eh! Tengok tu, asal Haifa angkat banyak sangat beg??" Alif mengalih perhatian Amira.

Amira memandang lalu mengira bilangan beg yang dibawa oleh Haifa. 7 buah beg ke semuanya sekali. "Haifa bawak beg banyak-banyak macam tu, macam nak duduk sekolah ni terus je..."

Amira menggeleng. "Bukan lah! Haifa dah bawak semua beg dia pagi tadi.. aku rasa ni mesti beg Sarah" Amira membuat muka meluat. Haifa yang lalu di sebelah kembar tersebut tersenyum.

"Kejap eh, aku nak hantar beg ni masuk dalam dewan." kata Haifa. "ehh, meh sini aku tolong. Amboi banyak betul beg Sarah ni. Dah lah berat-berat semuanya, bawak batu ke apa??" Amira menolong sambil menyoal tidak puas hati.

"Eh, kalau kau tolong aku. Dah tu sape nak angkat barang kau??" Haifa menolak pelawaan Amira. "Jangan risau. Kuli aku sentiasa free 24 hours. Alif! Angkat kan beg aku!" Amira menjerit kuat.

Alif membuat muka tidak puas hati.Apa? Kuli? Tak lama kembarnya ini. Dalam perasaan yang tidak puas hati, Alif tetap membawa barang kembarnya dan menuju ke dewan.

To be continued...

■■■

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now