☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Pintu bilik dikuak. Derapan kaki menarik perhatian Alif untuk menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang datang kepadanya.
Mata Alif seakan-akan tidak percaya apa yang dia nampak ketika ini. Dia memandang figura itu ke atas dan ke bawah berulang kali.
"Jade?!"
"Apa kau buat kat sini?!" Alif ternganga besar. Jade yang sedang berjalan menuju ke arah Alif menjawab.
"Er.. duhh.. jalankan misi lah. Apa lagi?" jawabnya sambil membuka laptopnya dan memasukkan kata laluan. Alif masih tidak faham apa yang sedang berlaku. Bagaimana Jade, ahli kumpulan Zakwan boleh berada di sini.
"Zakwan... tiba-tiba ubah pemikiran dia." jawab Jade yang tahu soalan itu daripada air muka Alif.
Alif mengayakan 'O' dimulutnya tanda faham. Dia pun tak mengerti dengan Zakwan, kejap cakap lain lepastu cakap lain.
"Any Progress? " Jade menyoal. Matanya sibuk memandang skrin komputer ribanya.
Alif segera memberitahu satu persatu perihal beast yang sudah mula melakukan serangan. Wajahnya tampak serius begitu juga dengan wajah Jade yang sedang mengangguk faham dengan situasi terkini.
♧♧♧
"Apa yang dah biulkan otak kau untuk datang misi harini?" Akhaira menyoal ingin tahu.
Zakwan seorang yang ego, untuk dia buat keputusan macam ni seperti jilat ludahnya sendiri sahaja. Padahal, hari tu punyalah dia yang beria untuk tak nak bergabung dengan kumpulannya.
Zakwan tersenyum. Sudah agak soalan itu akan keluar daripada mulut gadis yang paling 'bruh' iaitu Akhaira.
"Aku ada hutang nyawa dengan kawan kau." balas Zakwan sambil mengeluarkan bilah pisau yang lebar dan besar yang tergantung di badan belakangnya.
"Hrmm... jadi sebab tu je kau datang?" tanya Akhaira ingin meyakinkan jawapan Zakwan. Zakwan mengangguk.
Tambahan lagi, dia datang ke sini kerana Naji ada menghantar mesej kepadanya. Semua mesej itu mengandungi strategi yang mereka akan gunakan malam ni.
Ya, Naji tahu cara untuk memujuk Zakwan. Naji juga tahu yang kumpulannya tidak dapat menandingi 38 ekor beast, oleh itu dia menggunakan cara halus untuk memujuk kumpulan Zakwan datang pada malam ini.
"Well... I'm glad you came." jawab Akhaira tersenyum. Namun senyumannya mati setelah muncul empat ekor beast di hadapan mereka berdua. Entah dari mana empat ekor mahluk itu melompat ke kawasan ini.
Zakwan dan Akhaira saling berpandangan. Senjata di tangan diperkemaskan. "Shall we...? " Zakwan bertanya untuk memulakan serangan.
Akhaira tergelak lalu mengangguk.
Sejak bila pula Zakwan yang suka cari pasal menjadi yang sopan dan baik.
Nak muntah.
Akhaira dan Zakwan sudah merancang untuk bergabung tenaga dalam melakukan serangan. Ketua kumpulan Genial itu menapak ke belakang beberapa langkah. Kemudian, tangannya mencampak sebilah kapak ke arah empat ekor mahluk itu.
Malangnya sasarannya tersasar melepasi mahluk-mahluk itu. Namun, apa yang tidak tersasar adalah perhatian mahluk-mahluk itu terhadap senjata Akhaira.
Zakwan mengambil peluang ini untuk menyerang dua daripada mahluk itu. Laju sahaja tangannya di angkat ke atas dan membelah dua daripada empat mahluk tersebut, menggunakan senjatanya.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...