☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
"Sekolah ni bersih daripada beast. Semua sekolah yang ada Beast Hunter semua clean daripada beast. Memang cari nahas lah beast yang duduk dalam pelajar sekolah yang ada ahli Beast Hunter. Mati kena bunuh macam tu je." kata Fazira.
"Tapi tak ada jaminan lah sekolah ni clean sangat-sangat, cuma selama kitaorang jadi beast hunter, tak ada kes lagi." Sambung Fazira lagi.
"Ouuhhh." Haifa mengangguk faham. Makin menarik cerita pasal beast dan beast hunter ni. Dia tiba-tiba jadi tidak sabar mahu memulakan latihan untuk memburu beast. "Dah cepat mandi. Kau pakai baju yang aku dah ambik tadi" Fazira menunjukkan gaun putih yang tersangkut.
"Baju tu?! Yang cantik gila tu?!!" Haifa ternganga. "Ya Haifa. Kau ni banyak tanya betullah. Kita semua akan pakai baju sama design. Kau jangan tanya apa-apa dah. Mandi cepat!" Fazira berjalan keluar dari bilik. Dia mahu menuju ke bilik pakaian untuk mencari pin Beast Hunter.
♧♧♧
Haifa menyarungkan baju yang sudah disediakan oleh Fazira. Hanya tinggal sehelai sahaja lagi baju yang tergantung disitu.
Setelah memakai gaun itu, Haifa memandang dirinya di dalam cermin. "Cantiknya baju ni!!" Senyum Haifa dengan gembira.
Betul-betul padan baju itu dengan Haifa. Kain yang digunakan adalah kain jenis tebal dan selesa. Walaupun hanya berwarna putih sepenuhnya namun setelah diletakkan riben putih dipingang, baju itu tampak lebih menarik kepada si pemakai.
Akhirnya, dapat lagi dia memakai baju cantik seperti ini buat kesekian kalinya. Haifa terus menuju ke meja solek dan mengeringkan rambutnya lalu di keritingkan rambut bahagian bawah. Wajahnya disolek, nipis dan kelihatan natural.
"Haifa pakai kasut ni" Fazira yang sudah bersiap, membawa kasut yang sesuai untuk Haifa. Haifa memandang Fazira. "Fazira! Cantiknya kau!!" Haifa menjerit teruja. Fazira nampak sangat menyerlah.
"Terima Kasih! Kau pun cantik sangat-sangat! Aku fikirkan Haifa dah berubah orang tadi." Fazira memuji Haifa. Benar, Haifa nampak lain dengan gaun tersebut. Haifa juga tahu mendandan rambutnya untuk nampak lebih menyerlah. Jadi senanglah kerja Fazira, dia tidak perlu mendandan rambut Haifa seperti yang dia lakukan pada rakan-rakan yang lain.
"Jom, semua dah siap. Ouh ya, pakai ni." Fazira menghulurkan kasut yang dia bawa tadi. Laju sahaja tangan Haifa mengambilnya. Dia betul-betul gembira kerana dapat berpakaian cantik dan mewah untuk malam ini.
"Thanks!" Kata Haifa lalu menyarungkan kasut itu. "Sama-sama. Cantik gelang kaki" Fazira memuji gelang kaki yang dipakai oleh Haifa. Terdapat batu-batu kecil yang tergantung di gelang itu.
"Hehe, ni satu-satunya harta arwah mak ayah aku yang ada dengan aku. Jadi aku akan simpan elok-elok." Kata Haifa sambil memandang gelang kaki itu.
Sebelum ayah Haifa meninggal dunia, ayahnya memberi hadiah untuknya. Katanya gelang kaki ini dahulu milik ibunya. Jadi sekarang, dia akan menjaga gelang kaki ini dengan sebaik mungkin. Adanya gelang kaki ini, seolah-olah ada ibu bapanya di sisinya.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...