☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Hari ini merupakan hari pertama pemilihan pelajar Genial.
Memandangkan pemilihan ini dijalankan selama 3 hari 2 malam,
SMK Genial memilih hari Jumaat sehingga hari Ahad untuk melakukan aktiviti pemilihan.Cara pemilihan pelajar Genial sangat berbeza, kerana tiada seorang guru mahupun orang luar yang akan mengkonduksi pemilihan ini.
Mereka akan menggunakan pembesar suara yang berada di dalam dewan. Juru cakap hanya akan memberitahu segala maklumat dan arahan melalui pembesar suara. Semua peserta juga diperhatikan melalui kamera-kamera yang sudah sedia terpasang di dalam dewan tersebut.
Keadaan di dalam dewan begitu sepi. Semua peserta duduk di setiap meja yang disediakan.
"SELAMAT PAGI"
Kedengaran teguran daripada pembesar suara di dalam dewan itu. 66 peserta memandang sesama sendiri. Mereka tercari-cari siapakah yang mengucapkan selamat pagi sebentar tadi.
"Pemilihan Genial bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan. Hanya yang mempunyai kehebatan sahaja yang akan berada di sini sehingga ahad petang.
Setiap hari penyingkiran akan dilakukan. Jangan risau, kami mempunyai sistem yang sangat canggih untuk memastikan kami memilih pelajar yang tepat"
Suara disebalik mikrofon memberi rasa gementar kepada semua peserta. Suasana sepi dan suram menaikkan bulu roma mereka. Suara robot tadi juga amat menyeramkan.
"Adakah anda sudah bersedia?"
Ada yang menggeleng dan ada yang mengangguk.
"Sesiapa yang tidak bersedia untuk menempuh ujian-ujian yang akan dijalankan sebentar lagi dipersilakan keluar dari dewan ini"
Diam.
Tiada seorang pun yang berganjak.
"Untuk makluman, sesiapa sahaja yang akan meninggalkan dewan semasa penyingkiran. Anda tidak dibenarkan untuk memberitahu kepada pelajar-pelajar lain apa yang anda dengar, lihat, hidu dan ingat.
Sekiranya kami menangkap anda berbuat demikian serta merta anda akan diberhentikan sekolah dan sijil berhenti sekolah tidak akan pihak sekolah berikan.
Kami masih membuka peluang untuk anda untuk keluar dari dewan sebelum kami
memulakan pemilihan."Haifa memandang ke hadapan. Dia melihat terdapat 4 gadis bangun dari tempat duduk dan melangkah keluar dari dewan.
Haifa mengenggam tangannya. Kenapa makin ramai pula pelajar yang keluar ni. Perlukah dia ikut?
Haifa memandang Gabriella. Bagi Haifa, Gabriella seorang yang sememangnya layak memasuki Genial.
"Aku ikut dia. Aku yakin dia tak akan keluar dari dewan" kata Haifa perlahan.
Tiba-tiba Gabriella bangun dan keuar dari dewan. Haifa membuntangkan matanya. Biar betik! Gabriella keluar!
Haifa sudah tidak dapat duduk diam. Dia risau sekiranya pemilihan ini amat susah dan dia bukannya jenis manusia yang pandai simpan rahsia.
"62"
Haifa memejamkan matanya. Tidak! Dia perlu berada di sini demi mengurangkan beban untuk membayar yuran sekolah yang mahal ini!
"57"
Bertahan Haifa!
"52"
Haifa sudah mengetap giginya. Bilangan semakin menurun.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Misterio / Suspenso[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...