BAB 36

960 103 15
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Kesepuluh pelajar Genial sedang duduk bersama di sebuah meja di dalam kafe, di mana kafe tersebut merupakan kantin mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kesepuluh pelajar Genial sedang duduk bersama di sebuah meja di dalam kafe, di mana kafe tersebut merupakan kantin mereka.

Kafe yang mewah, tema tropika. Membawa imej yang segar kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Kafe ini dibina khas buat pelajar Genial.

Walaubagaimanapun, mereka membenarkan pengawas-pengawas untuk berehat di sini pada hari ini kerana ianya merupakan permintaan Alif.

Nasib baik Akhaira lembut hati untuk membenarkan perkara itu berlaku, bosan juga makan di kafe namun suasananya tidak bising.

Masing-masing sedang menunggu keputusan peperiksaan yang akan keluar tidak lama lagi.

"Mana Alif ni, lambatnya." kata Dhera sambil melihat jam di tangannya. "Kau macam tak kenal masterlate." kata Fazira memeluk tubuhnya.

Haifa tergelak. Dia teringat lagi sewaktu di Hall Estrella, mereka semua menunggu Alif dan dari situlah dia tahu Alif mempunyai gelaran 'masterlate'

"Sorry gais lambat." Alif melambai ke arah mereka. Di belakang Alif terdapat dua lagi pengawas sekolah iaitu Naji dan Amira. Amira tersenyum ke arah Haifa manakala Naji dengan muka bekunya hanya mengangkat tangan.

"It's fine. Macam biasa lah melayu." Jawab Akhaira dengan muka redha dengan kelewatan Alif. "Mana ada! Aku Jepun eh harini" kata Alif membantah.

Dia lambat dua minit sahaja. Melebih-lebih pula nak kutuk dia.

Alif tiba-tiba berlari dahulu menuju ke meja. Dia merebut tempat dengan Amira kerana dia mahu duduk di sebelah Haifa. Amira ternganga.

What the heck Alif?!

Amira mengalah dan duduk di hadapan Haifa. Naji pula duduk berhadapan dengan Alif dan mereka semua duduk menghadap satu sama lain secara memanjang.

"So, kenapa kau nak makan sini hari ni?" tanya Ketua Pelajar Genial.

"Kan hari ni result keluar" jawab Si Ketua Pengawas. Haifa memandang Alif pelik.

Jadi... kenapa kalau keputusan keluar hari ini? Ada apa-apa ke?

Wajah mereka memandang Alif dengan penuh tanda tanya. "Haih, nak celebrate lah. Apa benda lah korang ni. Macam tak biasa dapat Top 10. " balas Alif mula menyuap kek aiskrim yang berada di hadapannya.

Mereka meluat betul dengan Alif. Tiap-tiap tahun suka lakukan perkara yang sama. Bukan sebab mereka tapi sebab Alif mahu menyambut keputusannya sendiri.

Alif merupakan Top Student. Dia sentiasa di kedudukan nombor satu dan pasti salah seorang Pelajar Genial akan terkeluar dari senarai Top 10.

K.V merupakan pelajar yang sentiasa keluar dari Top 10 gara-gara Alif yang sibuk untuk mengambil kedudukan nombor satu. Dahulunya, Pelajar Genial mempunyai satu nekad, iaitu mahu melawan Alif dengan membawanya keluar dari kedudukan 10 teratas.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now