☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
"Okay, seperti yang semua sedia maklum, semalam kita semua menginap di rumah keluarga angkat aku a.k.a rumah mak ayah Ara. Betul?" Naji sengaja menyoal kerana mahu mendengar respon daripada rakan-rakannya.
"Betulllll." Mereka semua menjawab panjang.
"Malam semalam, aku pergi perpustakaan rumah aku dan aku terjumpa buku ni." Naji mengangkat buku tebal yang mempunyai ukiran seperti buku-buku lama.
Miss Castell yang berada di sebelah Madam V terkejut melihat buku itu.
"Itu bukan ke buku karya Dr.Razman Rahman?"
"Iya. Memang betul tu Miss. Ini adalah buku Dr. Razman Rahman. Seorang ahli saintis yang mengkaji tentang seekor mahluk yang tiada nama.
Buku ini ditulis pada tahun 2005, bermakna buku ini sudah berusia 18 tahun.
Kewujudan buku ini kerana, kemunculan seekor mahluk yang tidak diketahui dari mana asal usulnya menyebabkan Dr. Razman Rahman menghabiskan sisa hidupnya dengan membuat kajian tentang mahluk ini." Jelas Naji serba sedikit tentang penulis buku itu.
"Miss, betul tak kalau saya katakan yang Ketua Makmal menggunakan buku-buku kajian Dr. Razman Rahman untuk mencari semua maklumat tentang beast?" Tanya Naji pula.
Miss Castell mengangguk.
"Macam mana Miss tahu buku tu kajian pasal beast sedangkan Dr. Razman tak ada mention pun nama mahluk tu?" Tanya Insyirah lurus kerana buku itu tiada tajuk dan Naji juga cakap yang Dr. Razman mengkaji mahluk yang tiada nama.
"Ciri-ciri yang Dr. Razman senaraikan di dalam buku itu memang sama dengan ciri-ciri beast.
Kelemahan, habitat dan semua perkara yang dilakukan oleh beast, memang sama seperti di dalam buku Dr. Razman Rahman." Jelas Miss Castell.
"Naji, buku yang kamu pegang tu ialah buku jilid ketiga bukan?" Miss Castell menyoal kembali.
"Ya Miss. Buku ini ialah buku original yang tiada salinannya." Naji tersenyum.
Dalam banyak-banyak jilid, sebenarnya jilid ketiga merupakan buku yang mempunyai maklumat yang paling penting sekali.
"Rupanya selama ini buku itu berada di rumah kamu. nanti boleh kamu hantar buku itu ke makmal??" Madam V meminta pula.
Naji mengangguk bersetuju.
Buku kajian itu sangat penting buat mereka.
Dr. Razman Rahman mempunyai 10 jilid buku dan kebetulan mereka tiada buku jilid ke-3.
Nasib baik buku tersebut berada di tangan orang yang betul. Risau jika rahsia tentang kewujudan mahluk ini diketahui ramai.
"Tapi sebelum itu, bukan pasal buku ini yang aku nak bincangkan." Naji memandang rakan-rakannya semula.
"Aku dah baca buku ni sampai habis dan aku baru tersedar sesuatu..." Naji membuka muka surat yang akan dia paparkan di skrin.
"The prince of the beast or we can call... The Leader of the beast..."
Kata-kata Naji itu mendebarkan mereka. Semua ingin tahu penjelasan Naji yang lebih lagi.
Madam V dan Miss Castell juga ternanti-nanti.
"Rupanya, mahluk ni mengikut putera mereka. Di mana putera mereka berada, di situ jugalah mahluk ini akan berada.
Mereka akan melindungi ketua mereka daripada pengetahuan musuh mereka, terutama sekali kita.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...