BAB 69

720 102 19
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Kompleks Sukan Khas untuk ahli Genial menjadi lebih meriah daripada hari-hari yang sebelumnya.

Jikalau sebelum ini, terdapat 12 pelajar sahaja yang menggunakan dewan ini untuk berlatih tetapi harini ini jumlah keseluruhan pelajar ialah 21 orang.

Keempat-empat sudut di dalam dewan itu dipenuhi dengan ahli Genial dan juga ahli kumpulan Zakwan. Sebahagian berada di sudut menembak, memanah, berlawan dan juga bermain.

Zahira dan Aura masing-masing datang membawa sebuah kotak minuman di tangan. Lalu mereka berdua mengagih-agihkan air itu kepada semua.

Zakwan sudah kepenatan, dia tidak menyangka kecekapan Hanim sama tandingan dengan Akhaira dan ini juga bermakna sudah hampir dengan kehebatan dirinya.

Dia meminta izin untuk duduk di kerusi apabila terpandang Naji di satu sudut.

Naji menyedut air anggur yang telah diberi oleh Zahira sebentar tadi. Matanya sedang memerhati figura yang sedang berlatih menggunakan pedang.

"Kalau suka kat dia tu, cakap jelah." Zakwan melabuhkan punggungnya di sebelah Naji.

Zakwan nampak daripada tadi Naji memerhatikan Haifa. Kalau Naji pandang lama-lama tu bukan bermaksud suka ke??

Naji berdecit bagi menjawab kenyataan Zakwan. Dia tidak suka mendengar ayat itu keluar daripada mulut sesiapa pun.

Zakwan mengambil kain di lehernya lalu di lap di dahi. Sebenarnya, Zakwan mempunyai tabiat untuk mengelap terus peluh yang berada di wajahnya.

Ini kerana, jika dibiarkan peluh itu kering di atas wajah, ianya akan mengeluarkan jerawat-jerawat kecil ataupun dipanggil 'tiny bump' dan Zakwan tak mahu kulit mukanya rosak gara-gara 'tiny bump' itu.

"Macam mana dengan perbualan kita haritu? Dah dapat jawapan?" tanya Zakwan.

Naji memandang Zakwan dengan penuh tanda tanya.

"Kau, lupa ke?" wajah Zakwan terkejut. Naji merupakan manusia yang tidak akan mungkin lupa walaupun perkara itu sangat remeh.

Tak mungkin Naji boleh lupa.

"Apa dia?" tanya Naji tidak tahu.

Zakwan menepuk dahinya.

"Kan aku minta kau tanya Haifa, apa yang dia tahu waktu misi kedua haritu. Kau tak tanya ke?? Sebab aku rasa dia tahu sesuatu..." jelas Zakwan. Matanya beralih memandang ke bawah di mana rakan-rakannya sedang berlatih.

Naji menggeleng. Wajah Naji nampak mencurigakan tetapi masih dapat dikawal.

"Tak ada apa pun." kata Naji. Lelaki di sebelahnya itu memandang penuh curiga.

"Bro, dalam ramai-ramai kawan aku ada. Kau yang paling tak pandai menipu, kau tau tak tu?" Zakwan meletakkan tangannya di belakang badan Naji lalu dengan cepat dia memeluk leher Naji dengan kuat.

"Baik kau bagitahu aku sekarang. Aku tahu kau tahu sesuatuu!" Zakwan sudah memaksa Naji untuk bercakap. Dia mengunci pergerakan Naji supaya dia tidak dapat lari.

"Eh apa ni!" Naji terkejut. Zakwan pula masih memaksanya untuk beritahu segala perkara yang Naji tahu.

"Tak ada apa do. Serius!" jerit Naji berusaha melepaskan diri daripada Zakwan.

"Cakap!!"

"Lepaslah gila!" Naji memukul lengan Zakwan berulang-kali.

"Cakap dulu!!" Zakwan mengukuhkan lagi pengunciannya.

Pergelutan antara mereka berdua menarik perhatian yang lain. Tersenyum mereka melihat dua sahabat itu.

Akhirnya, mereka dapat melihat keakraban dua sahabat lama itu.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now