☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
[ Haifa POV ]
Jam loceng yang berbunyi sejak 2 minit lepas aku capai dengan mata yang masih terpejam.
Aku meraba meja kecil di sebelah katil untuk menutup bunyi yang bising sejak tadi.
Bilik yang gelap dan dingin membuatkan aku sukar untuk membuka mata lagi-lagi dengan kehangatan daripada selimutku.
Akhirnya, setelah meraba meja kecil itu, aku berjaya menjumpai jam loceng tersebut. Laju sahaja tanganku menolak tombol di belakang jam itu ke atas.
Mataku digosok perlahan. Mulut pula ternganga luas menguap sehabis mungkin.
Aku memandang siling putih yang tergantung kipas siling berwarna hitam.
Sudah dua hari aku menginap di rumah ibu tiri ku. Memandangkan dua hari lepas Puan Nasuha menerima kedatangann aku dengan baik, maka aku mengambil keputusan untuk tinggal di sini.
Mungkin sementara waktu ataupun selamanya....
Aku mengangkat badanku untuk duduk. Mata dikelip berkali-kali. Teringat pula perbualan aku dengan makcik semalam.
Aku sedang menyuap nasi di dalam mulut. Entah mengapa layanan makcik kepada aku lain sangat.
Terlalu baik.
Adakah itu ibu tiri ku??
Puan Nasuha datang dan duduk di hadapanku dengan wajah yang ceria. Dia tiba-tiba mencapai tangan kiri aku dan menyentuhnya.
Aku keliru, apa yang sedang makcik lakukan ini?
"Haifa... ibu, minta maaf."
Kata-kata makcik membuatkan aku terkedu. I.. ibu? Selama ini, makcik tak pernah mengizinkan aku untuk memanggilnya ibu...
Sebelum ini, aku memerlukan kasih sayang seorang ibu tapi tak pernah diberi peluang...
Namun, kini.. makcik merelakan dirinya untuk dipanggil sebagai ibu?
"Ap...apa makcik cakap ni?" Aku meletakkan sudu di atas pinggan, memandang wajah tua itu.
Puan Nasuha menggeleng.
"Haifa.. jangan panggil ibu, makcik... panggil ibu, Haifa... Ibu minta maaf Haifa, selama ni ibu tak pernah beri kasih sayang ibu kepada Haifa.
Sedangkan, ibu bertanggungjawab untuk memberikan Haifa dan Sarah kasih sayang yang sama rata. Ibu banyak bersalah dengan Haifa, dengan ayah Haifa... Ibu minta maaf sangat-sangat Haifa...
Haifa tak pernah susahkan ibu, cuma dulu mungkin ibu tak sedar dengan kesalahan ibu... Ibu betul-betul menyesal Haifa.." Puan Nasuha menyalam tangan ku, dia dekatkan tangan ku ke pipinya. Wajahnya juga sudah basah dengan air mata.
"Ib..ibu. Ibu janganlah macam ni. Ibu tak ada salah dengan Haifa pun, betul bu..
Haifa dah lupakan semuanya. Semua salah ibu, Haifa dah padam sepenuhnya daripada ingatan Haifa.
Haifa juga banyak salah dengan ibu... jadi Ibu janganlah macam ni.." Aku menghalang Puan Nasuha daripada meminta keampunan daripada aku.
Aku bukanlah siapa-siapa. Aku bukannya baik, jadi Ibu tak perlu rasa bersalah dengan aku.
"Ibu tengking Haifa. Ibu pukul Haifa. Ibu jerkah Haifa. Lepaskan kemarahan Ibu dekat Haifa.. Ibu banyak salah pada kamu.
Ibu juga tak sempat nak berterima kasih pada kamu tempoh hari. Ibu rasa, ibu tak layak mempunyai anak seperti kamu mahupun Sarah...
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...