☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
"Alif dan Fazi, korang jadi umpan kejap!!" Arah Naji melalui radio telekomunikasi.
Memandangkan Alif dan Fazira merupakan rakan yang paling hampir dengan Haifa jadi mereka mahu supaya dua orang itu membuang masa sementera mereka memikirkan rancangan.
Naji, Akhaira dan juga Ara telah pun membelok ke blok lain. Mereka perlu pantas memikirkan rancangan supaya Haifa dan yang lain-lain akan selamat.
Fazira yang mendengar arahan Naji, tercengang. Suka hati betul Naji mengarahkan dia dan Alif untuk menjadi umpan.
Raksasa di dalam badan Haifa tu sudahlah laju dan kini mereka kena merisiko kan nyawa mereka?!
"Wei Fazi! Laju lah sikit!" Marah Alif. Dia dan Fazira melalui terowong demi terowong untuk membuang masa seperti yang Naji arahkan.
Haifa yang mengejar mereka daripada belakang itu mula bengang.
"GARHHHHHHH!!!!!!!"
"FAZI!!!"
Alif menarik Fazira dengan laju lalu mencampak Fazira di satu lorong yang tersembunyi.
"Arhh!" Fazira terjatuh dengan kuat. Punggungnya menghentak simen. Kesakitan yang dia rasakan tidak penting ketika ini.
Dia memandang Alif yang sedang melarikan diri daripada mahluk itu.
BUM!!
Langkah Alif terhenti. Nafasnya tercungap-cungap. Haifa berada betul-betul di hadapannya dengan wajah yang amat menyeramkan.
"Haifa..." panggil Alif dengan nafas turun naik. Dia gugup dan buntu untuk buat apa ketika ini.
"GRHHHHHH!!!"
Haifa ingin mencakar wajah Alif. Namun, hanya dagunya sahaja yang terluka dicakar, kerana Alif melindungi wajahnya dengan kedua-dua lengannya.
Namun, lengannya kelihatan sangat parah. Darah mengalir dengan banyak dan kepedihan yang Alif rasai membuatkan dia mengerang sakit.
"Arhhhh!"
"ALIFF!!" Fazira terkejut. Dia fikirkan Haifa tidak berani untuk mencederakan Alif tapi gadis itu memang sudah tidak sedarkan diri lagi!
Fazira memandang ke sekeliling. Dia ternampak kayu panjang dan tebal berada di satu sudut.
Laju tangannya mencapai kayu tersebut. "Berani... berani kau cederakan orang yang pernah sayang kau HAIFAAA!!" Fazira berlari selaju yang boleh.
Haifa yang sedar dengan kehadiran Fazira bersedia untuk mencederakan gadis itu. Wajah Haifa kelihatan lapar. Dia seperti mahu membaham orang-orang yang berada di hadapannya ketika ini.
"SEDARLAH HAIFAA!!" jerit Fazira. Fazira segera menyepak Haifa dengan laju dan kuat sehingga Haifa tergerak ke belakang jauh daripada Alif.
DUSH!!
Bunyi kayu yang kuat itu kerana Fazira betul-betul memukul kepala Haifa dengan sepenuh tenanganya. Alif yang terduduk, terkejut melihat pukulan Fazira tadi tidak memberi apa-apa kesan kepada Haifa.
Mahluk itu memandang Fazira sinis.
"GRRRRRR!!"
Fazira terdiam. Dia berada di dalam posisi bersedia untuk melawan Haifa dengan kayu yang sudah terbelah dua itu.
Alif cuba bangun dengan kekuatan yang dia ada. Tangan yang pedih dan perit itu dia abaikan. Apa yang buat dia risau ketika ini ialah jarak Fazira dihadapan Haifa. Fazira boleh tercedera dengan serangan daripada Haifa.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...