BAB 21

929 95 0
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Malam kian larut. Suasana sepi dan senyap di kawasan itu membuatkan Sarah sedikit gementar. Dia memakai penutup mulut berwarna hitam supaya dia tidak di cam oleh sesiapa.

Dia menyelinap masuk ke dalam sebuah bilik. Kerjabya pada mala mini perlu berjalan dengan lancar.

Hatinya berdebar, risau jika dia ditangkap kerana menceroboh. Memang patut Sarah risau kerana dia telah menceroboh bilik guru.

Pintu bilik guru ditarik lalu dengan langkah yang berhati-hati, dia menapak masuk ke dalam bilik guru. Mata Sarah meliar mencari peti besi yang terkandung soalan-soalan peperiksaan untuk esok lusa.

"Kalau bukan sebab ugutan ibu, aku tak naklah buat benda ni. Gagal pun gagal lah." kata Sarah sendiri.

Puan Nasuha sudah memberi amaran kepada Sarah untuk tidak gagal lagi di dalam peperiksaan yang akan datang. Jika Sarah tidak menepati janjinya, segala kad kredit dan wang tunai serta komputer riba milik Sarah akan dirampas.

Ugutuan itu untuk memastikan keputusan Sarah tidak merosot seperti peperiksaan yang lepas. Walaubagaimanapun, menceroboh dan mencuri kertas soalan merupakan satu jenayah di dalam sekolah.

Sarah membuka lampu suluh kecilnya lalu disuluhkan diserata bilik guru tersebut. Lalu cahaya itu terhenti di sebuah pintu besi yang berada di hujung bilik.

"Aduh ada nombor pin pulak." keluh Sarah. Kotak elektronik di kiri dinding pintu itu dipandang lama. Sarah menggunakan daya ingatannya.

Dia cuba mengingat kembali kata laluan untuk memasuki bilik ini. Seingat dia, dia ada nampak salah seorang guru membuka pintu besi ini.

Apa ya...

Dah dapat!

Laju sahaja nombor pin diisi.

Tet!

Pintu besi itu terbuka. Sarah sedikit teruja dan mula menolak pintu itu perlahan-lahan. Bilik simpanan itu dipenuhi dengan kertas soalan sahaja. Kotak-kotak yang bertimbun semuanya sudah diisi dengan kertas periksa.

Sarah tidak mengambil kertas periksa di dalam kotak tersebut, namun dia akan mengambil kertas soalan yang berada di dalam peti besi itu.

Jika dia mencuri kertas soalan di dalam kotak tersebut, pasti guru-guru akan mudah mensyaki kehilangan kertas soalan.

Sreet!!

'Huh!'

Pintu bilik guru utama terbuka. Sarah cepat-cepat menyorok di sebalik dinding. Nasib pintu besi tadi dia telah tutup tetapi tidak rapat.

Tap.

Tap.

Tap.

Tap.

Bunyi tapak kaki semakin menghampiri. Cahaya yang datang dari lampu suluh orang itu meliar di dalam bilik guru.

Sarah bernafas dengan perlahan. Dirinya juga menjadi rapat dengan dinding. Dia berharap pengawal itu segera keluar.

Empat minit sudah berlalu. Kedengaran pintu bilik guru telah ditutup semula. Sarah perlahan-lahan mengintip keadaan bilik.

Dia menghembuskan nafas lega kerana pengawal itu sudah pergi.

"Kacau daun betul." Laju sahaja kaki Sarah berjalan ke arah peti besi. Dia tidak boleh menangguh lagi, dia perlu selesaikan ini secepat mungkin.

Tombol peti besi itu di pusing kekiri dan kekanan. Semalam dia telah melihat Cikgu Z membuka peti ini dan dia sempat menghafal kata laluannya.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now