BAB 52

761 91 9
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

"NAJI!"

"Ye, kenapa?" tanya Naji. Dia memandang Haifa dengan wajah yang polos.

Haifa tersenyum lebar. Tepat-tepat betul jejaka ini muncul di hadapannya.

"Tell me." pinta Haifa dengan senyuman yang manis.

Naji melihat wajah Haifa yang sedang termenung ke arahnya.

"Tell you what?? " jawab Naji berdebar. Tidak ada lagi mana-mana gadis yang memandangnya sebegitu.

"Pasal kemunculan awal beast." kata Haifa lagi. Matanya membulat.

"Apa pasal aku pulak yang kena cakap?" tanya Naji. Tiba-tiba sahaja dia perlu menjelaskan segalanya. Sudahlah dia tidak tahu apa Haifa dan Aura buat sejak tadi, tiba-tiba dia perlu ceritakan semuanya?

"Kau mestilah tahu sebab kau kan master-"

"Haifa!!" Alif menahan Haifa supaya dia tidak terlepas cakap. Haifa menutup mulutnya, tersedar yang dia hampir terlepas cakap tentang perkara itu.

"Aku dengarlah apa Haifa cakap tadi. Baik kau sambung ayat kau tadi Haifa." Ara sudah berjalan mendekati Haifa dengan membawa spatula kerana dia menolong Insyirah memasak di dapur.

Aura yang berada di tepi juga turut menunggu Haifa mengulang ayatnya semula.

Semua yang berada di dalam rumah itu memandang Haifa dengan pandangan maut. Haifa dapat rasakan aura jahat sedang termenung pada dirinya.

Naji sudah menepuk dahi.

'Aduh! '

♧♧♧

"Kau, ialah master tu!!!" Akhaira menjerit terkejut. Mulutnya ternganga luas. Dia memandang rakan-rakannya yang lain. Mereka juga tergamam tidak terkata.

Naji mengangguk perlahan. Pelajar genial yang lain sudah mula berbisik sesama sendiri, mereka tidak menyangka bahawa Naji merupakan pengasas kepada kumpulan ini.

Organisasi Beast Hunter yang gah dan berada di serata dunia merupakan kepunyaan Naji. Dialah yang memulakan semua ini dan membantu ramai manusia daripada menajdi korban kepada mahluk itu.

Sekarang tugas itu diberi kepada Sir Oitaka kerana Naji risau jika orang ramai lagi-lagi pihak atasan tidak dapat menerima budak mentah sepertinya untuk mengetuai segala benda ini.

Lagi pula, organisasinya merupakan sebahagian daripada organisasi rahsia di bawah kerajaan seperti ejen-ejen rahsia negara.

"Patutlah selama ni... kitaorang tak pernah pun jumpa Master MnQ daripada awal!" Afira pula menjerit.

"Sampai hati kau tak bagi tahu aku Naji!" Ara sudah memukul lengan Naji dengan sekuat.

"Sstt!" Naji memegang lengannya yang perit ditampar Ara. Naji sebenarnya mempunyai alasan tersendiri mengapa dia tidak mahu diketahui sebagai master MnQ dikalangan rakan-rakannya.

"Sorry Naji... kalau aku tak terlepas cakap..." Haifa rasa bersalah yang amat. Sekarang sudah bocor rahsia besar Naji.

"Apahal pulak minta maaf. Patutnya kau bagitahu kitaorang. Buat apa rahsiakan. Kita dah rapat, dah share segala benda, so mana boleh rahsia-rahsia!" Hanim menyokong tindakan Haifa.

"Ya, aku minta maaf sebab rahsiakan perkara ni daripada korang." jelas Naji.

"Hmm so sekarang kitaorang kena panggil kau master Naji ke???" tanya Fazira lagi.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now