☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Pagi-pagi lagi dia sudah dijemput oleh dua lelaki yang memakai sut kelabu dan berwajah serius.
Pada waktu itu, Haifa sedikit terkedu. Menjemputnya sahaja sudah ada pengawalan ketat seperti ini, hebat sangatkah menjadi seorang pelajar dengan gelaran Genial?
Atau pun sangat berbahaya?
Sesampai sahaja dia di kediaman Cómodo, Haifa sudah terpegun dengan kecantikan bangunan yang akan dia tinggal itu. "Mewahnya..." hanya itu yang terpacul keluar daripada mulutnya.
Lalu, Haifa dimaklumkan bahawa semua ahli yang lain berada di luar jadi sementara waktu ini, hanya dia sahaja yang berada di dalam rumah mewah itu.
"Garhhh malasnya nak kemas beg!!" Sudah setengah jam Haifa masih berada di atas katil dan tidak berganjak. Dia tidak penat kerana dia menaiki lif untuk membawa begnya cumanya dia malas.
Lalu dia memandang ke arah jam dinding untuk menetapkan masa baginya berehat namun..
"Can ah?? Another lazy day for me" tanyanya sendiri bermaksud dia memang tak akan berganjak dari katil empuk itu sehinggalah dia rasa hendak mulakan kerja.
Kediaman yang didudukinya ini ialah sebuah rumah banglo 3 tingkat. Tidak terlalu besar namun tak juga terlalu kecil.
Rumah batu diselikan dengan warna-warna gelap seperti hitam menampakkan kemewahan rumah itu.
Di dalam rumah ini terdapat 8 bilik yang tidak kurang besarnya. 1 bilik dikongsi oleh dua orang dan bilik Genial berada di tingkat 3. Kediaman ini berada di belakang sekolah namun jauh ke dalam dan dua pengawal tadi memberitahu kepadanya yang mereka akan menghantar dan menjemput kami ke mana sahaja kami mahu pergi. Bestnya!Walaupun kediaman ini hanya berada di belakang sekolah namun ia terletak di dalam hutan dan perjalanan untuk ke sini memakan masa selama 20 minit jika menaiki kereta.
Jika tidak silap Haifa, pengawal tadi ada memberikan buku kepadanya. Buku maklumat peribadi Pelajar Genial. Diselak satu-persatu muka surat di dalam buku tersebut.
"Aura, Fazira, Insyirah, Dhera, Akhaira, Ara, Afira, Zahira, Hanim. Cukup sembilan orang"
"So, aku akan kongsi bilik ni... dengan Fazira." Haifa memandang arah yang bertentangan dengan katilnya. Cukup menarik, kemas dan tenang Haifa melihat ruang tidur milik Fazira.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...