☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Aura melihat kembali melihat tabletnya dan mula membuka dokumen-dokumen Haifa yang lain.
"Haifa bertahan!" Ara memegang tangan Haifa yang sedang menggeletar teruk.
Kemudian Aura bangun dari tempat duduknya, mengajak Dhera dan Ara supaya memimpin Haifa keluar dari dewan memandangkan dewan sudah gelap dan tumpuan kepada mereka semakin berkurangan.
Ahli genial yang lain memandang mereka berempat keluar dari pintu tepi dewan, walaupun tertanya-tanya apa yang sedang berlaku, namun mereka harus bertindak profesional.
Haifa yang separuh sedar cuba untuk berjalan sambil dipimpin oleh rakan-rakannya. "Kenapa ni Aura?!" Ara menyoal dengan cemas. Dia melihat wajah Haifa sudah mula merah-merah seperti tidak cukup nafas, badannya juga mengigil.
Situasi semakin tegang. Aura pula tidak menjawab soalan Ara. Dia masih lagi cuba mencari punca terhadap perubahan Haifa.
"Kita bawa dia dekat tangga sana. Biar Aura cuba periksa apa yang tak kena dengan Haifa." Dhera memberikan arahan.
Dhera amat pentingkan kesihatan jadi dia serba tahu sedikit perkara asas apa yang perlu dilakukan di dalam situasi begini.
"Kita kipaskan dia dan cuba tenangkan dia." kata Dhera kepada Ara. Walaupun Dhera tidak mengetahui apa yang terjadi kepada Haifa, tapi ciri-ciri yang Haifa tunjukkan seolah-olah serangan panik.
Ara mengangguk laju dan mengikut arahan Dhera.
Aura melihat simptom yang ditunjukkan oleh Haifa dan cuba mencari maklumat, namun terlalu banyak simptom yang sama keluar daripada pencariannya.
"Terlalu banyak persamaan... macam mana nak jumpa punca..." katanya sendiri. Tidak lama kemudian, Aura mula mensyaki sesuatu.
Ara dan Dhera meletakkan Haifa di tangga. Kasut di kaki Haifa dicabut lalu butang baju dilengan dan di belakang leher di lepaskan supaya Haifa dapat pengudaraan yang baik.
"Haifa tarik nafas." Dhera memulakan teknik pengawalan nafas kepada Haifa. Haifa memandang Dhera. Wajah Dhera dan Ara sangat risau.
Haifa masih lagi tercungap-cungap seperti tadi. "Haifa jangan nangis!" Rengek Ara, dia menjadi lebih risau kerana Haifa mula menitiskan air mata.
Adakah Haifa di dalam kesakitan yang amat ketika ini?
Haifa tidak dapat berkata apa-apa selain daripada pandangan kepada dua rakannya yang sedang membantunya. Ara mengikat rambut Haifa ke atas supaya dia lebih selesa dan tidak rimas.
"Ikut aku Haifa! Tarik Nafass" Dhera menggosok belakang Haifa. "Hembusss. Fuhhhhh..." ajar Dhera. Haifa cuba mengikuti sedikit demi sedikit apa yang ditunjukkan oleh Dhera.
Ketika ini, Haifa seperti tidak pandai bernafas kerana apa yang difikirkan olehnya ketika ini hanyalah, semua ini berakhir dengan cepat.
Tidak lama kemudian derapan tapak kaki semakin kuat menuju ke arah mereka. Semua ahli genial sudah pun keluar dari dewan kerana acara makan sedang bermula.
"Apa yang jadi Aura?" Akhaira menyoal. Dia sebagai ketua kumpulan prihatin terhadap rakannya itu.
"Aku rasa Haifa ada fobia.. fobia dengan bunyi yang kuat." Kata Aura sambil memandang skrin tabletnya.
Hanim, Afira, Insyirah, Fazira dan Zahira bergerak menuju ke arah tangga. "Jangan terlalu kepung dia, bagi ruang juga." pesan Akhaira kepada lima orang itu.
Akhaira bersama-sama Aura cuba untuk suaikan gelombang fobia dengan gelombang yang terdapat pada Haifa.
'Match'
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Misteri / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...