☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
3 hari kemudian. 8.00 malam.
Haifa sedang tersenyum sambil memandang skrin telefon pintar miliknya. Dia mengisi masanya dengan bermain telefon, untuk mengelak daripada berfikir tentang rakan-rakannya yang akan menjalankan misi sebentar lagi.
Satu persatu paparan di skrin di teliti, dia sedang memilih sesuatu. Setelah beberapa minit, dia mengisi borang yang perlu dia isi sebelum membuat pembelian.
Setelah itu, laju sahaja tangannya membuat pembayaran secara dalam talian.
"This is the only things that I can give. Kalau dia tak suka memang aku sepak muka dia. Lantak ah, dia kena suka juga walaupun dia tak suka." kata Haifa sendiri. Wajahnya sudah bersedia untuk bergaduh jika barang yang dia belikan tidak dihargai.
Beberapa minit kemudian, Haifa menghempaskan telefonnya di atas tilam.
Matanya sudah penat memandang telefon pintar itu tetapi penat lagi dengan fikirannya yang masih menerawang memikirkan rakan-rakannya yang akan menjalankan misi sebentar lagi.
Adakah mereka marah dengan dirinya kerana tidak dapat mengikuti misi terakhir? Ataupun, sebenarnya mereka tidak kesah?
Tetapi, Akhaira ada memberitahunya yang dia telah pun menghantar laporan ke pihak atasan tentang ketidakhadiran Haifa pada misi terakhir.
Perkara itu sedikit sebanyak membuatkan dia lega.
Tetapi akal fikiran Haifa masih lagi memikirkan tentang satu perkara.
Betul ke caranya ini?
Larikan diri dan bersembunyi.
Sedangkan dirinya mengundang bahaya kepada semua orang.
"Kalau aku pergi misi terakhir tu, nyawa rakan-rakan aku akan tergadai...
Tapi, aku sendiri membahayakan ramai orang. Lagi lama aku hidup, semakin berisiko dunia ni dengan beast, kerana aku puncanya...
Fikir Haifa... fikir apa yang perlu kau buat.." kata Haifa sendiri lalu dia mengeluh.
Matanya terpejam. Lengannya dilekapkan di mata. Dia teringat kembali amaran daripada Naji tempoh hari. Lelaki itu melarang dia untuk mengikuti misi terakhir.
Sungguh, wajah Naji ketika itu sangat marah kerana Haifa tidak mahu mengikuti cadangannya.
Bagi Haifa pula, keputusan itu merupakan hak dia.
"Kau nak kitaorang mati ke Haifa?!"
Haifa terkedu.
"Kau nak kitaorang mati depan kau? Lepastu, kau lost dalam diri sendiri? Macam tu ke yang kau nak??"
Kata-kata Naji membuatkan Haifa tersentap.
"Kau sanggup tengok kawan-kawan kau kena bunuh dengan kau sebab kau dah tak dapat control diri kau waktu tu???" Naji menyoal lagi.
Haifa tertunduk.
Tidak!
Dia tak mahu itu berlaku!
"Kalau kau tak nak benda tu berlaku. Tolong! Tolonglah dengar apa yang aku cakap ni! Kau jangan sesekali ada niat pun untuk datang ke sana!
Tak kira apa pun yang berlaku!
Faham?!"
Haifa tidak menjawab. Dia bengang. Dia tidak boleh bersikap begini, betul kata Naji, dia merisikokan nyawa rakan-rakannya.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...