☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
2 hari kemudian.
"Busuknya bau ni!!" Ara menjerit sambil menutup hidungnya, mulutnya sudah mengembung seperti hendak termuntah. Badannya seram sejuk kerana geli dengan bau di tempat ini.
"Apa yang dah berlaku dekat sini..." Insyirah yang baru berjalan masuk ke ruang itu tergamam. Walaupun gelap namun dia masih boleh melihat isi dewan tersebut berbekalkan cahaya bulan dari luar.
Dewan tersebut bersepah, berlendir dan juga berbau busuk.
Warga sekolah ini baru sahaja bercuti seminggu yang lepas tapi dewan di sini seperti sudah ditinggalkan selama sebulan kerana ianya sangat kotor.
Kotor yang berpenghuni...
Akhaira memandang kawasan dalam dewan yang dipenuhi dengan meja yang tidak tersusun, mencari kalau-kalau ada pelajar yang masih tidak dirasuki, berada di dalam sekolah ini.
Mengikut laporan dari Alif, terdapat aduan daripada ibu bapa kepada pihak sekolah tentang ketiadaan anak-anak mereka di rumah selepas 2 hari pulang bercuti, pelajar di sahkan hilang tanpa jejak.
Kebetulan juga, mereka mendapat aduan ini daripada pihak atasan, beberapa hari sebelum bulan mengambang. Maka tak lain tak bukan lagi, ini pasti angkara beast.
Ara berjalan menuju ke bahagian suis untuk membuka lampu, lendir-lendir yang dipijak itu melekat di kasut but miliknya.
"Hati-hati." Afira memesan risau, hatinya tidak tenang.
Haifa dan Hanim berada di luar dewan untuk menjaga kawasan tersebut, cuak juga mereka kerana sekolah ini terlalu senyap seperti sekolah asrama yang berhantu!
"Grrrrrr...."
Semua memandang ke hujung dewan serentak. Bulu roma mereka meremang apabila mendengar suara menderam itu secara tiba-tiba.
"Ara, perlahan-lahan..." Zahira membisik dan tidak membuat sebarang pergerakan.
Semua sudah cuak. Mereka tidak tahu beast itu berada di mana kerana mereka tidak dapat mengesan sebarang bentuk mahupun pergerakan.
Apa yang mereka pasti, kedudukan mereka dengan beast itu sangat jauh kerana suara itu datang dari hujung dewan.
Masing-masing seperti sudah bersedia untuk lari keluar dari dewan jika mahluk itu mahu menyerang.
"PHOENIX! KELUAR DARI DEWAN TU SEKARANG!!!"
♧♧♧
3 jam sebelum...
"Huarhh ngantuknyaaaa!!" Hanim sudah mengeliat dengan mulutnya yang ternganga luas. Zahira memandang Hanim lalu menggeleng memandang kelakuan tidak sopan rakannya itu.
"Kenapalah beast ni aktif pada waktu malam. Teringin juga nak merasa jadi burung hantu, main fone, tengok tiktok sampai pukul 2 pagi." Afira merungut sambil menyarungkan kasut but berwarna hitam pekat.
"Ala chilla, mesti malam ni misi kita cepat selesai... kan??" Fazira memandang mastermind kumpulannya.
Alif yang sedang sibuk dengan komputernya tidak menjawab. Aura juga kelihatan sedang dalam keadaan serius.
Fazira memandang Akhaira, untuk meminta jawapan mengapa Alif dan Aura nampak sangat serius. Biasanya, Akhaira pasti tahu.
"Hmm, macam mana nak cakap eh... korang pun fahamkan, kenapa perkara ni dinamakan sebagai misi?" Tanya Akhaira memandang rakan-rakannya yang sedang duduk di sofa itu.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Misterio / Suspenso[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...