☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
4 Tahun Kemudian.
Kekecohan di dalam kafe yang mewah itu menarik beberapa pandangan pelajar yang lain.
Walaupun umur mereka telah mencecah 21 tahun tetapi sikap bising dan keanak-anakan itu masih lagi tidak dapat dipisahkan dari diri mereka.
"Insyi, Aura. Peace! Peace!" Afira mengangkat telefon bimbitnya. Dia memilih 'filter' yang membolehkan mereka nampak cantik di dalam gambar.
Dhera mendengar suara Afira, dia yang sedang bermain telefon bimbit segera meletakkannya di atas meja.
Senyuman diukir. Sempat lagi dia membetulkan rambutnya lalu menyelit masuk ke sebelah Aura.
Ara yang baru selesai membasuh tangan segera berlari untuk masuk ke dalam gambar.
"Wait for me!!"
Klik!
Satu gambar telah tercipta. Afira melihat gambar itu. Baru sahaja lima orang yang sampai di kafe SMK Genial.
Nasib baiklah SMK Genial membenarkan mereka untuk datang ke kafe ini walaupun telah bergelar 'bekas pelajar Genial'.
Kring~
"Gaiss!!" Akhaira memasuki ruang kafe. Dia menjerit teruja. Wanita itu memakai pakaian seragam pegawai polis.
Mereka berlima memandang ke arah Akhaira, yang dahulunya merupakan ketua kumpulan mereka dan kini, dia telah pun bergelar seorang Inspektor Polis.
Mereka agak bangga dengan Akhaira kerana cita-citanya tercapai juga. Akhaira memang layak untuk memegang jawatan itu, dia cekap berfikir dan mempunyai ciri-ciri sebagai seorang ketua.
"Akhaira! Rinduuu beb!" Afira buat muka tak malu. "Eh, korang je ke baru sampai??" Tanya Akhaira yang membalas pelukan Afira.
"Haah, ramai lagi ni tak sampai.." kata Insyirah pula. "Aunty Nasuha dah on the way ke?" Dhera menyoal pula.
Aura mengangguk. Dialah orang yang menghubungi Puan Nasuha semalam untuk datang ke sini. "Kejap lagi sampai lah tu." Kata Aura.
Kring~
Bunyi loceng di pintu itu dipandang oleh mereka semua. Kelihatan pasangan sejoli sedang berjalan masuk.
Alif melambai ke arah rakan-rakannya. "Wuii pengantin baruu."Afira mengusik. Dia melihat Fazira yang berada di sebelah Alif tersipu-sipu malu.
Siapa sangka. Jodoh mereka kuat.
Kemudian, loceng di pintu berbunyi lagi.
Kring~
Dua wanita sedang memasuki kafe dengan gah. Cermin mata hitam yang mereka gayakan, membuat yang lain tertarik untuk memandang dua wanita itu.
"Korangg!" Hanim melompat teruja. Zahira menggeleng menahan malu dengan perangai Hanim. Tengoklah, semua pelajar di dalam kafe sudah memandang perangai Hanim yang tidak semengah itu.
"Itu diaaa wanita-wanita bekerjaya kitaaa~~" Ara menampar manja lengan Hanim.
Zahira dan Hanim kini sedang menjalankan perniagaan bersama sebagai usahawan muda. Produk mereka telah pun berjaya di jual di 15 buah negara. Keuntungan yang mereka dapat juga berlipat ganda.
Mereka berdua memang sangat sibuk, tetapi seperti biasa, jadual pada tarikh hari ini akan mereka kosongkan untuk menghadiri perjumpaan yang telah mereka lakukan sejak tiga tahun yang lepas.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...