BAB 24

883 98 3
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Dush!

"ARGH!!"

Haifa terbaring. Dia sumpah tidak mampu bergerak sekarang. Badannya sakit di serata tempat. Dia seperti sudah mengalah untuk mengelak serangan Ara.

Matanya terkebil-kebil memandang siling berwarna hitam yang berkilat. Di situ terdapat pantulan Ara sedang datang ke arahnya. Jantungnya berdebar dan berdegup kencang.

'I'm done!'

Dia fikirkan, dia boleh selamat dan sedarkan Ara tetapi dia silap, dia tiada strategi. Jika dia tiada strategi, semuanya musnah. Ara juga tidak nampak seperti Ara yang dia kenal. Haifa memandang Ara yang semakin hampir dengannya.

Wajah itu.... Tersenyum tetapi tidak menenangkan. Pergerakkannya lembut tetapi tidak mententeramkan.

Ahh... jadi inikah pengakhirannya? Menjadi yang lemah dan terus mengalah?

Haifa tersenyum sedikit. Dia tidak tahu kenapa dia tidak boleh memukul Ara, sedangkan dia boleh sahaja membalas setiap serangan Ara tetapi dia yang tidak mahu lakukan itu.

Ara menggapai pasu kaca yang berada di meja tengah kawasan itu. "Hm, berat ni." katanya sendiri. "Haifa, kau tau kan aku ni kaya? If aku ter...bunuh kau dekat sini.. aku boleh upah peguam yang paling handal, tapi... memandangkan kau tak ada ahli keluarga dah. Mungkin kalau aku bunuh kau, tak ada siapa yang kesah... kan?" Ara memberi senyuman seram, dia berdiri di tepi Haifa yang sedang terbaring itu.

Ara lihat leher Haifa sudah bengkak dan membiru, Tangan Haifa juga masih memegang pinggangnya. Bibirnya pecah kerana tidak dapat mengelak salah satu tumbukan Ara tadi.

"Actually, aku kagum juga dengan kau. Kau mengelak serangan aku dengan laju. Kalau kau mengelak dari awal, mesti kau masih ada tenaga nak lawan aku kan?" sambung Ara lagi. Puas dia melihat Haifa terseksa begini.

Cis!

Haifa mengetap giginya dengan kuat.

'Don't hate Ara, that things are not her...'

Pesanan Fazira terngiang diingatan. Haifa memandang mata Ara.

Matanya... kelihatan sedih.

'Ara, are you there? Can you hear me Ara?? Answer me Ara!' Haifa hanya memanggil Ara di dalam hati.

"Now, good bye my fellow friend." Ara mengangkat pasu berat itu dan menghempas kuat di atas muka Haifa.

Prang!!!

Pasu kaca itu pecah di lantai.

Ara mengerutkan dahinya.

Mana Haifa!

"I'm here stupid! " Haifa menumbuk muka Ara dengan kuat. Geram! Ya geram dengan benda yang mengawal Ara itu. Jika tadi dia tidak sanggup memukul Ara. Kali ini dia sudah tidak kasihan untuk menumbuk Ara.

Ara menarik nafasnya, pipi kanannya terasa sakit akibat tumbukan padu daripada Haifa. Sekarang dia sangat marah. Dia terus berlari ke arah Haifa dengan pantas. Haifa tidak sempat mengelak, bajunya ditarik dari belakang.

Swoosh!

Haifa tercampak ke lantai dengan kuat. "ARGHHHHH!" Jerit Haifa. Kali ni... Kali ini betul-betul sakit daripada yang tadi! Ara tersenyum, dia meletakkan kakinya di atas badan Haifa. Dia menekan kakinya dengan kuat di atas perut gadis itu.

"Aaarh! S-sakit!" kata Haifa, belakangnya seperti ditikam. Ara tersenyum. "Mestilah kau sakit... sebab, aku campak kau atas kaca. HAHAHAHAHA! ERGH!" Ara memijak badan Haifa dengan lebih kuat agar kaca itu tertusuk di badan Haifa.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now