BAB 17

940 97 4
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

"Hanim! Kan aku dah cakap, makan banyak sangat gula-gula bear tu tak bagus!!!" Dhera geram melihat Hanim mengulang dari stesen makanan ke meja, semata-mata untuk memakan gula-gula kegemarannya itu.

Aura cuba menahan Dhera daripada memukul Hanim. Aura tahu, Dhera amat obses dengan kesihatan. Segala makanan yang mereka makan, semuanya akan dipantau oleh Dhera. Kerana itulah Dhera merupakan atlet sekolah kerana dia sangat cergas dan aktif.

"Aku suka gula-gula ni! Macam mana nak berhenti makan!!" Kata Hanim sambil merengek namun tangannya masih menyuap gula-gula jelly bear itu ke dalam mulut. Haifa terhibur melihat gelagat Hanim dan Dhera.

Dhera cuba untuk merampas gula-gula itu dari tangan Hanim namun tidak berjaya kerana ditahan oleh Aura. "Kalau Dhera dah marah Hanim, tak boleh buat apa dah. Hanim pun jenis melawan cakap Dhera." kata Fazira tersenyum janggal kerana perlakuan rakannya menarik perhatian beberapa pelajar sekolah yang lain.

Haifa dan rakan-rakan yang lain hanya mampu melihat sahaja Dhera dan Hanim. Biarkan sahaja mereka bergaduh begitu, kenangan.

Gelagat rakan-rakan genial terhenti setelah suara Alif memecahkan kebisingan melalui mikrofon.

"Test mic 1, 2, 3, 1, 2, 3." Cubaan suara diberikan bagi memastikan mikrofon berfungsi.

"Senior Alif lah!!"

"Kacaknya!"

"Aku rasa bersyukur sebab jadi pasukan Beast Hunter. Sebulan sekali boleh tengok Alif tapi bulan ni kita dapat tengok Alif dua kali!! Aaaa!"

Ahli genial yang mendengar suara adik-adik yang teruja melihat Alif merasa janggal.

Janggal kerana Alif itu tegas sebenarnya. Jika waktu latihan, pasti semua akan dimarahi oleh Alif kerana tersilap teknik.

"Diorang ni tak tahu ke, Alif ni Head prefect yang tegas." Fazira menongkat dagu. Haifa hanya mendiamkan diri, tapi dia teringat Amira ada cakap yang Alif tak matang. Mungkin di rumah Alif lain, di luar rumah dia menjadi orang lain.

Fazira cuba membuka memori ketika latihan bulan lepas.

"SILAP TU!"

"PEGANG PISTOL TU BETUL-BETUL LAH!"

"KORANG MAIN-MAIN LAGI! TEKAN TUBI 100 KALI!"

"CEPATLAH BERLATIH. REHAT APA LAGI!!"

"INGAT BEAST TU NAK SIMPATI KAT KORANG KE KALAU KORANG CEDERA TIME LAWANN!!!"

Fazira menghentikan ingatannya. Meremang satu badan. Seram. Suara Alif itu seperti terngiang-ngiang di kepalanya.

Haifa pula masih tidak percaya yang dia akan melihat figura Alif pada malam ini. Dia tidak sangka Alif terlibat dengan Beast Hunter. Diam-diam ubi berisi ya Alif. Berisi-berisi pun, Haifa masih tidak tahu betapa garang dan tegasnya jejaka bernama Alif itu.

Patutlah Alif beria mahu Amira terpilih untuk jadi ahli genial, supaya kembar berdua itu dapat bekerjasama. Namun, Amira telah korbankan hasratnya itu kerana Haifa

"Apa Khabar semua adik-adik Beast Hunter. Sihat????" Soal Alif.

"SIHATT SENIOR ALIF!!" Jawab mereka semua teruja.

"Bagus. Okay tanpa membuang masa, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua VVIP, Profesor dan ahli Beast Hunter yang hadir pada malam ini. Majlis tidak akan berjalan lancar seperti ini tanpa anda semua. Terima Kasih atas kehadiran anda.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now