☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Di Kediaman Cómodo
Tiga minggu sudah berlalu sejak misi kedua selesai. Tiga minggu itu jugalah Afira, Zahira, Insyirah dan Aura berada di pusat rawatan.
Fazira dan yang lain berada di ruang tamu sambil bermain papan permainan scrabble bagi mengisi masa mereka yang berbaki. Dhera pula lebih suka berada di atas sofa dan membuang masa di media sosialnya. Melihat video-video dan berita terkini.
Akhirnya, rahsia Lavendar Highschool terbongkar. Sekolah itu ditutup dan disita. Pelajar-pelajar yang belajar di situ akan berpindah masuk ke sekolah lain dengan bantuan kerajaan. Terima kasih atas tindakan Madam V yang membuat aduan sehingga mendapat perhatian pegawai atasan.
"Kotak Pensil." Akhaira meletakkan huruf-huruf itu di atas papan dan di susun dengan baik. Kini, giliran Ara pula untuk meletakkan suku kata di atas papan itu. Fazira daripada tadi menoleh ke arah balkoni.
Hanim yang ternampak wajah muram Fazira mula menyoal. "Fazi, kenapa ni?"
Hanim menoleh ke arah yang dipandang oleh Fazira. Rupanya, daripada tadi Fazira memandang Haifa yang sedang duduk di atas kerusi. Wajah kosong Haifa itu sedang termenung melihat pemandangan di luar.
"Kau gaduh dengan Haifa ke?" Ara pula bertanya sambil menyusun huruf.
Fazira menggeleng tanda bukan. "Haifa, sejak daripada haritu dia kurang bercakap. Aku risaulah dengan dia." jelas Fazira yang masih memandang Haifa.
Dia nampak Haifa seperti sedang memendam rahsia. Wajahnya kusut, keningnya terkadang berkerut memikirkan sesuatu dan Haifa juga sekarang lebih kuat mengeluh. Itu bukan Haifa yang dia kenal.
"Dia ada masalah ke. Kenapa dia tak beritahu kita?" tanya Ara pula. "Masalah peribadi kot." teka Hanim. Fazira mengeluh perlahan, kini giliran dia pula untuk jalan, membuat suku kata.
"Since balik daripada Lavendar Highschool, Haifa asyik mimpi ngeri." kata Fazira lagi. Tiap malam, pasti Haifa akan terjaga daripada katilnya. Fazira sedar tetapi dia tidak mahu buat Haifa rasa tidak selesa kerana mengejutkan dia daripada tidur.
"Every single night..."
Semua sudah memandang Fazira untuk mendengar dengan lebih lanjut.
"Dia akan menjerit terkejut, tapi sekejap jelah. Cumanya, kadang-kadang aku akan terkejut.
Ada satu malam tu, aku nampak tangan dia menggeletar waktu dia nak angkat botol air dia. I mean, dia mimpi apa sampai macam tu sekali. Selama ni dia tak ada ngigau macam tu.
Aku risau tau tak, aku ada tanya dia tapi dia tak nak cakap. Dia mengelak. Aku terfikir juga, aku ada buat apa-apa salah ke tapi dia layan aku elok je, kadang tu kitaorang borak je macam biasa.
Tapi, aku tak nafikan dia banyak termenung dan selalu mengelak bila aku tanya dia okay ke tak." jelas Fazira lagi.
Semua hanya diam mendengar penjelasan Fazira. Alif yang berada di kabinet dapur untuk mengambil biskut juga turut mendengar apa yang Fazira katakan.
Alif juga perasan Haifa lebih banyak diam sekarang. Terkadang, kalau Alif panggil pun Haifa tak dengar sampailah nama dia kena panggil banyak kali.
"Dia ada masalah dengan boyfriend ke?" serkap jarang daripada Ara membuatkan telefon di tangan Naji terjatuh ke lantai. Bunyi itu menarik perhatian mereka untuk berpaling memandang Naji yang berada di tangga.
Naji buat tidak tahu lalu kembali bermain dengan telefonnya.
"Dia mana ada boyfriend. Kalau dia ada, dia cerita kat aku." Fazira pula memangkah tekaan Ara.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...