☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
"Nikmatnya makan pizza!!!" Insyirah menjerit gembira. Setelah berpantang selama tiga minggu di pusat rawatan, hari ini dia dapat makan apa sahaja yang di suka.
Semua sedang menikmati pizza yang dipesan oleh Alif. Banyak juga Alif pesan, dalam 7 kotak pizza.
"Fira, makan elok-elok sikit!" Dhera memandang gadis itu melahap dengan laju. Kebulur betul, macam dah tiga minggu tak makan.
"Mana boleh! Makanan kat pusat rawatan tu dahlah tak sedap pastu tawar! Nasi pun sikit je dia kasi! Aku laparr!!!" Jerit Afira. Aura, Insyirah dan Zahira mengangguk laju.
Memang ketat betul kawalan di sana. Nak makan sedap memang tak akan dapat.
Semua tergelak melihat gelagat mereka. Jelas, yang mereka memang lapar dan dilarang untuk makan sesuka hati.
"Kesian lagi kat kitaorang. Insyi takde, takde siapa masak. Tiga minggu kitaorang order food panda, tak pun tak makan langsung." Suara Hanim sedih.
"Alolo! Takpe, esok aku masak okayy!" Insyirah memeluk leher Hanim di sebelahnya.
"Zahira, bila boleh tanggal benda tu?" Tanya Akhaira menunjukkan sesuatu yang berada di leher Zahira untuk menampung lehernya.
"Luka aku dah nak sembuh, entah lah dalam seminggu lagi. Boleh dah kot cabut." Jelas Zahira lagi.
"Korang nak apa-apa lagi? Air ke? Makanan sampingan ke?" Tanya Alif yang sedang membuka aplikasi Food Panda untuk memesan makanan baharu.
Nampak macam tujuh kotak pizza tu tak cukup untuk gadis-gadis yang kuat melahap seperti mereka ni.
"Tealive!!!"
"Gong Cha!!!"
"McD!!!"
"Tart telur!!"
Kan dah cakap...
Alif mengangguk faham sambil menekan-nekan skrin telefonnya. Haifa tersenyum, dia baru sedar yang rakan-rakannya tidak kesah langsung pasal misi yang lepas.
Apabila mereka terpandang Haifa, tiada langsung wajah benci ataupun marah kepadanya.
Mungkin dia tersilap menilai rakan-rakannya. Nasib baik Alif bercakap dengannya tadi. Barulah ada selera dia untuk makan.
"Nah" Naji meletakkan pizza di atas pinggan Haifa.
"Terima kasih." Kata Haifa tersenyum. Dia mengangkat pizza itu dan mula mengigit sedikit demi sedikit.
"Mushroom soup nak?" Tanya Naji lagi, dia mengambil bekas plastik kecil itu lalu dihulurkan kepada Haifa.
"Celup hujung pizza tu dengan mushroom soup, macam Alif ajar tadi." Kata Naji.
"Hah? Boleh ke?"
"Mestilah boleh. Sedap tau. Cuba lah." Naji mula mencicah hujung pizza ke dalam bekas itu dan makan.
Haifa mula mengikut dan terkejut dengan kelazatan makanan yang sedang mencair di dalam mulutnya itu.
Rasa sup cendawan yang manis dan hangat, dicampur pula dengan kerak pizza dan cheese, betul-betul membuatkan selera Haifa bertambah.
Naji tergelak.
"Kau ni, naif betul."
"Aku mana pernah makan cara macam ni, memanglah naif. " jawab Haifa pula.
"Ni makan dengan chili flakes pulak. Sedapp..." Naji menaburkan chili itu ke atas pizza Haifa.
"Banyaknya kau letak. Mati aku nanti." Haifa menarik pinggannya.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...