BAB 7

1K 110 2
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Haifa dan Amira membawa beg Sarah dan meletakkan beg di tempat yang disuruh oleh Sarah. Alif pula berdiri di belakang dua gadis itu sambil menunggu arahan dari kembarnya di mana dia mahu meletakkan beg Amira.

"Itu Alif kan?" Kata seorang gadis.

"Ehh iya lah. Tu Alif" seorang lagi menyokong gadis tadi. Mereka semua teruja dapat melihat Alif pada waktu malam begini.

"Alif bawa beg siapa tu?" Soalan itu semua tertanya-tanya.

"Kesian dia kena angkat barang banyak-banyak macam tu" 

Amira membiarkan sahaja desis-desis yang kedengaran di telinganya. Buli kembarnya itu harus. Eh silap. WAJIB!

Alif memakai hoodie biru sahaja tetapi nampak sangat segak. Benar-benar memukau mata-mata gadis yang lain. Haifa juga turut curi-curi pandang Alif melalui pantulan cermin yang berada di sepanjang luar dewan. Amira yang mendengar suara-suara gedik hanya berjalan seperti biasa.

Dia dah biasa mendengar suara-suara manja yang minta penyepak apbila dia dan kembarnya berjalan bersama. Tak ramai tahu mereka kembar kerana walaupun wajah mereka serupa tetapi mereka perlu melihat dengan teliti kerana kembar ini lelaki dan perempuan.

Alif hanya tersenyum. Dia menyesal juga datang bawa barang Amira ke sini. Mahu saja dia duduk di dalam kereta tadi.

"Alif kau letak barang aku kat sini. Lepasni kau boleh balik. Esok pagi datang balik sini bawakkan tudung aku. Okay thank you." Kata Amira sambil tersenyum. Dia memeluk lengan Haifa.

Alif tercengang. Amboi budak ni. Arah aku saja kerjanya. Haifa tersenyum melihat perangai mereka berdua. "Eh Amira, jomlah masuk. Tengok semua dah mula masuk dewan" Haifa mengajak rakannya.

"Ha okay jom. Bye Alif. Jangan lupa esok." Amira melambai kembarnya. Haifa hanya memandang Alif. "Okay bye. Bye Haifa." Alif melambai ke arah adiknya lalu melambai ke arah Haifa.

Haifa tidak menjawab. Dia terkejut. Alif ingat namanya?  Alif melambai kepadanya? Benarkah apa yang dia lihat ini.

Alif melihat Haifa kaku tidak bergerak. Dia pelik. Dia melambai semula ke arah Haifa. Namun Haifa masih tidak membalas apa-apa. Kemudian Alif meninggalkan Haifa dan kembarnya lalu berjalan keluar dari sekolah untuk memasuki kereta. Pelik-pelik saja perangai kawan adiknya itu.

Haifa tersenyum kecil lalu cepat-cepat dia mematikan senyumannya. Amira memandang abangnya yang sudah memasuki kereta. Lalu dia menarik Haifa menuju ke dalam dewan

♧♧♧

Keadaan di dalam dewan begitu sunyi. Semua menanti keputusan yang di tunggu-tunggu. Setelah keputusan diumumkan, mereka perlu mengisi masa lapang dengan menunjukkan bakat-bakat yang mereka ada. Kemudian barulah mereka boleh masuk tidur.

Seorang gadis berambut pendek paras bahu memasuki dewan tersebut. Keadaan di dalam dewan menjadi riuh. "Itu Ara si magis kan?" Mereka member gelaran kepada Ara kerana kehebatannya dalam membuat magik dan memukau.

Ara yang kecil molek itu tersenyum ke arah semua pelajar di dalam dewan sambil menyelitkan rambut ke belakang telinga.

"Hi semua" kata Ara. "Awhh cuteeeee!!" Mereka semua gagal mengawal diri sendiri apabila melihat Ara Genial Of Hypnotize. Haifa memandang mereka semua. Dia pelik. Kenapa mereka semua tiba-tiba saja menjadi lain semacam ini.

Haifa memandang gadis di belakangnya. Mata hitam gadis itu sedikit besar daripada yang biasa, begitu juga dengan yang lain.

Ara yang berada di hadapan memerhati Haifa. Pelik jugak kenapa Haifa tidak termakan pukauan yang dia berikan. Dia tersenyum kecil.

Ara memetik jarinya. Tiba-tiba sahaja semua gadis di situ tertidur. Haifa terkejut. Dia cuba mengejutkan orang di sebelah mejanya tetapi mereka langsung tidak sedar.

Haifa memandang ke arah Ara yang sedang menghampirinya. Jantungnya berdegup kencang. "Jadi, kau sorang saja yang tidak terpukau dengan aku?" tanya Ara. Dia kagum melihat Haifa masih tidak terpukau walaupun dia sudah berada sejengkal dengan Haifa.

♧♧♧

Semua pelajar Genial yang berada di bilik CCTV terkejut melihat Haifa saja yang masih tidak tertidur.

"Wow..." kata Akhaira. Dia yang seronok bermain piano tadi terhenti melihat Haifa. Kuasa Ara sangat kuat. Kuasa memukaunya juga mampu terkena kepada ahli Genial tetapi gadis itu tidak langsung terpukau.

"Hey Aura, did you remember when you said about mind? " tanya Zahira. Aura mengangguk. Dia membetulkan bingkai kaca matanya. Tidak sangka dia akan berjumpa dengan orang yang tidak terpukau dengan pukauan Ara.

"Dia dah kosongkan minda dia. Aku rasa dia dah terbiasa buat macam tu." Kata Aura. Ini kerana, minda yang kosong sahaja mampu melawan pukauan Ara. 

Lihat sahaja Ara yang melakukan pukauan secara tiba-tiba namun Haifa sedikit pun tidak terkena pukauan itu. "Maksudnya, she just an ordinary girl " kata Fazira yang sibuk melukis design baju baharu untuk ahli Genial.

Mereka yang mendengar ayat Fazira menjadi setuju dan tidak setuju. Orang yang berbakat pasti mempunyai pelbagai perkara di mindanya. Otak mereka akan sentiasa bekerja tetapi Haifa tidak. Dia tiada apa-apa kerana itulah dia tidak terpukau.

"But I think she's something." kata Insyirah. Firasatnya kuat mengatakan Haifa itu sangat berbeza daripada yang lain.

♧♧♧

"Kenapa kau tak tertidur?" Ara menyoal. Suara kecilnya sangat comel. Ara pula pendek. Jadi nampak sangat comel.

"Should I?" Haifa menyoal. Dia sumpah tidak tahu kenapa dia tidak terpukau dengan Ara dan kenapa dia tidak tertidur. Ara tersenyum. "Nope." kata Ara lalu dia memetik jarinya semula.

Semua pelajar yang tertidur tadi terjaga. Mereka semua memandang kiri dan kanan cuba menangkap kembali apa yang sedang berlaku.

Ara sudah berada di atas pentas. Dia memulakan ucapannya. "Dengan dukacitanya saya ingin memaklumkan kesemua 10 peserta penyingkiran telah pun tersingkir. Sila keluar dari dewan melalui pintu sebelah kiri" kata Ara dengan senyuman manisnya.

10 peserta itu sangat kecewa. Mereka melangkah keluar dengan perlahan. Sedih kerana tidak dapat bertahan lama di dalam pemilihan ini.

Sarah masih menunggu keputusan tentang Haifa. Jika Haifa tidak disingirkan malam ini. Dia akan memberontak.

Ara memberi ucapan terakhir sebelum menuju keluar dari dewan. "Tunggu dulu!" Sarah menahan Ara keluar dari dewan.

Ara memandang Sarah. "Bagaimana dengan penyingkiran Haifa?" Sarah menyoal. Ara tersenyum lagi. "Haifa tidak akan disingkirkan" rinkas jawabnya.

Haifa dan Amira melepaskan nafas lega. Ya. Mereka berdua tidak tenang dari tadi. Akhirnya Haifa tidak tersingkir. Amira memandang Haifa dari jauh, dia sangat-sangat gembira rakannya tidak tersingkir.

Sarah baru sahaja hendak membantah namun Ara telah memberi amaran kepada Sarah. "Kalau awak tak mahu disingkirkan, sila patuhi peraturan dan adab di sini" lalu Ara keluar dari dewan.

Sarah mengetap bibirnya. Geram melihat senyuman yang Ara berikan sejak tadi. "Senyum, senyum. Kau ingat manis sangat ke?" Sarah berkata sebegitu lalu dia membuka ruang 'chat'  untuk bergosip perihal apa yang berlaku kepada dirinya bersama rakan baiknya.

To be continued...

■■■


GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now