BAB 51

743 91 12
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

"Mama nak Haifa tutup portal beast tu.."

"Portal Beast??" Haifa terkejut dengan kata-kata mamanya.

"Kamu nampak bunga biru tu?" Jari telunjuk wanita itu tertuju ke arah bunga berwarna biru yang amat besar dan boleh memuatkan seramai empat orang untuk berada di dalamnya.

Haifa menoleh, dia mengangguk.

"Itulah portal mereka." Kata wanita itu.

Haifa terkejut besar.

Pertama sekali, portal mahluk itu ialah sekuntum bunga besar yang cantik?!

Kedua, apa yang Iman Zulfa katakan kepada Insyirah itu adalah petanda?!

Bunga Biru yang di sebut-sebut itu merupakan portal mereka??!

Grrrrrrrr!!!!!!

Tiba-tiba suara deraman bergema tidak jauh daripada kawasan mereka.

Wajah mama Haifa sudah panik.

"Haifa, mama dah tak banyak masa. Haifa cari portal tu! Cari dan tutup portal tu!" Kata wanita itu melepasan tangan Haifa dari pinggangnya.

Haifa masih tidak faham apa yang berlaku tetapi wanita itu sudah bersiap sedia untuk lari dari tempat itu.

"Haifa lari!! Lari dari situ!! Larii!!!!" Jerit mamanya sekuat hati.

"AAARH!" Dada Haifa berombak laju. Dia terjaga daripada tidurnya. Nafasnya tercungap-cungap.

Dia memandang sekeliling.

Lampu dan perabot-perabot di situ merupakan barang yang berada di dalam biliknya dan Fazira. Haifa memandang Fazira yang berada di seberang, risau suara jeritnya tadi membuatkan Fazira terjaga.

Peluh di leher dilap kemudian dia turun daripada katilnya dan menuju ke meja solek untuk meneguk air.

Detak jantungnya masih lagi laju. Dia rasa seperti sedang di kejar oleh mahluk buas yang 10 kali ganda besar daripadanya.

Haifa memejamkan mata. Rupanya, semua itu hanya mimpi. Namun, dia teringat semula portal yang mamanya itu katakan kepadanya.

Haifa perlu mencari tahu di manakah portal itu berada sebelum terlambat.

Punat di tepi telefon pintar di tekan, terpapar skrin yang cerah menunjukkan jam enam pagi.

Tanpa berlengah lagi, Haifa terus menukar pakaiannya lalu di ambil kunci rumah rahsia yang Aura telah berikan kepadanya pagi semalam.

Ini kerana, Aura rasakan Haifa sahaja yang memahami apa mahluk itu katakan, jadi Haifa lebih memerlukan kunci rumah itu daripadanya.

Setelah itu, basikal di ambil di garaj dan laju sahaja Haifa mengayuh basikal pada awal pagi untuk berjumpa dengan mahluk jahat yang terkurung itu.

♧♧♧

Kunci pintu di masukkan ke tempatnya. Pintu rumah kecil itu terbuka dan di tutup kembali dengan rapat.

Haifa membuka lampu di dalam rumah tersebut dan menuju ke belakang. Laju sahaja butang hijau di tekan.

Sekarang juga, dia perlu tahu. Di manakah lokasi portal itu. Seperti yang mamanya pinta. Dia perlu tutup portal mahluk itu.

Jika tidak, pasti akan lebih ramai keluar dari dimensi mereka dan datang ke dimensi ini.

"Bagitahu aku, bunga biru tu apa?" soal Haifa setelah berada di hadapan mahluk itu.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now