BAB 58

792 95 29
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

"O...ouh bincang pasal Haifa." Naji menarik kolar bajunya. Sekali lagi, dia rasa berbahang. Pendingin udara dalam perpustakaan ini terpadam ke apa?

Alif menggosok lehernya. Dia tidak tahu bagaimana hendak cakap perkara ini dengan Naji. Risau jika Naji tolak cadangannya mentah-mentah.

"Sebenarnya... hmm Haifa reject aku." Alif meneruskan niatnya. "Kau datang sini sebab nak menangis ke??" Naji tanya selamba. Malas betul dia mahu melayan Alif kalau dia datang nak kecewa.

Ingatkan mustahak sangat perkara yang Alif ingin beritahunya sampai sanggup dia datang ke sini.

Alif menggeleng bukan. "Apahal aku nak menangis pulak. Tak lelaki lah kalau aku menangis." jawab Alif.

"Eh, kau fikir kalau lelaki je tak boleh menangis?" Naji pula membidas.

"Bukann, aku tahulah lelaki tu manusia jugak. Tak salah pun dia nangis. Cuma, pasal Haifa ni aku ada permintaan..." Alif sudah serius.

"Apa dia?"

"Hmm, boleh tak kau tengok-tengokkan Haifa, bila aku pergi?" Alif menyoal. "Kau nak pergi mana? " Naji memandang wajah Alif. Nampaknya perbincangan ni makin serius.

"Aku rasa, lepas tamat sekolah ni aku nak pergi jauh." jelas Alif. "Lagipun, dalam ramai-ramai lelaki yang aku kenal... aku rasa kau je layak jaga dia." kata Alif lagi.

Naji mengeluh faham.

"Bukan apa Alif, aku bukan nak tolak permintaan kau tapi Haifa tu bukan hak aku ataupun engkau. Jadi, takkan aku nak control dia suka-suka macam tu.

Lagipun, kau fikir kau sorang je ke nak pergi jauh lepas habis sekolah. Aku pun ada plan aku, kau dengan plan kau dan Haifa dengan plan dia.

Jadi aku tak boleh nak janji benda-benda yang macam ni." Naji menolak cadangan Alif.

Alif mengangguk. Ada benar juga kata Naji, mungkin dia terlalu risau sampai lupa terdapat faktor lain yang menghalang permintaannya itu.

Naji memandang sahabatnya itu. Dia tahu jauh di sudut hati Alif, pasti Alif sebenarnya masih lagi kecewa kerana Haifa.

Tetapi, memandangkan Alif seorang yang matang, dia tidak melayan perasaanya itu dan lebih fokus kepada perkara yang lain.

"Jadi kawan pun apa salahnya... kan..." Naji memujuk Alif.

"Naji, kau tak gembira?" Tanya Alif lalu memandang wajah Naji.

"Gembira sebab?"

"Sebenarnya, aku tahu kau ada simpan perasaan dekat Haifa." Jawab Alif sambil tersenyum.

Naji terkesima.

Belum sempat dia ingin menafikannya, Alif telah memotong terlebih dahulu.

"Takpelah Naji, aku tak marah ataupun terasa hati. I don't care at all. Cumanya, katakan suatu hari nanti kau dengan Haifa ada apa-apa hubungan, aku nak kau jaga dia elok-elok ya."

"Alif, berapa kali aku nak ulang yang cinta tak boleh dipaksa." Naji menjawab.

"Ya, aku tahu. Tapi, kalau kau fikir... selain aku dan kau. Siapa lagi lelaki yang dia rapat???

Takde Naji. Kalau tak aku, mesti engkau. Tu je yang dia kenal. Takkanlah Zakwan pulak. Memang kena terajang dulu mamat tu."

Naji sudah tergelak mendegar penjelasan Alif. Namun, di sudut hatinya juga terfikir perkara yang sama.

"Kalau suka, luah je. Jangan pendam. Kena reject or tak... tu semua belakang cerita." Kata Alif memberi motivasi buat Naji.

Dia pun tak tahulah siapa tengah patah hati sekarang. Naji diam tidak membalas kenyataan Alif namun dia setuju dengan Alif.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now