☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Ting!
Serentak telefon Zakwan dan Akhaira mengeluarkan bunyi notifikasi yang sama. Mereka berdua mengeluarkan telefon mereka lalu menghantar pesanan itu ke dalam 'group chat' masing-masing.
Semua yang berada di dalam dewan menghentikan perbuatan mereka kemudian melihat telefon masing-masing.
"Woahh kita dapat Sekolah Batu 33 lah!!!" Muqri menjerit teruja.
"Apa yang kau gembira sangat tu Muq..." Zakwan mengeleng melihat perangai rakannya. Entah apa yang seronok sangat dapat Sekolah Batu 33 tu.
"Korang dapat sekolah apa? Sama dengan kitaorang jugak ke???" Tanya Emir kepada Hanim.
Hanim yang memandang telefon bimbitnya menggeleng.
"Kitaorang dapat sekolah lain. Tak sama dengan korang." Jelas Akhaira. Dia kemudiannya duduk bersila di tengah-tengah dewan.
"Ouhhh" panjang mulut Sufi.
"Korang dapat lokasi kat mana??" Soal Zakwan ingin tahu.
"Smk Zafiro." Naji menjawab pertanyaan Zakwan.
Dia baru sahaja tiba di tengah-tengah dewan memandang semua berada di situ.
"Zafiro?" Jade menyoal lagi.
Ara mengangguk kerana dia yang berada di hadapan Jade ketika ini.
"Wei Asim, sekolah diorang dapat ni kan yang Sir Oitaka cerita haritu??" Dani teringat sesuatu.
"Sir Oitaka? Korang jumpa Sir ke??" Aura menyoal pula.
"Haah. Kitaorang lepak rumah Sir haritu." Kata Emir bangga. Bukan senang nak rapat dengan Sir.
"Korang ni memang suka merempat kat rumah orang ke apa?" Tanya Afira secara terus.
Mereka semua tersengih sahaja. Sebenarnya, mereka selalu sangat datang ke rumah Sir Oitaka untuk mengisi masa cuti mereka.
Jadi itu bukanlah satu bebanan buat Sir, malah Sir yang mengalu-alukan mereka untuk datang ke rumahnya.
"Tapi, cerita apa yang Sir bagitahu korang tu??" Zahira ingin tahu. Dia sudah duduk di sebelah Akhaira yang sedang memicit kakinya sendiri.
"Ha duduk semua. Biar kitaorang cerita!" Khair sudah teruja. Seperti dia pula yang mahu memulakan cerita.
Tanpa membuang masa, mereka meletakkan peralatan-peralatan mereka dan segera duduk di tengah-tengah dewan.
Semua duduk berselerak tetapi masih rapat antara satu sama lain. Kerusi dihadapan menjadi tempat buat si pencerita untuk bercerita kepada mereka semua.
"Okay Zack. Persilakan diri untuk bercerita." Sengih Khair. Padahal, bukan main lagi tadi dia yang bersemangat hendak bercerita.
"Pass! Emir cerita!" Zakwan membalas lalu menolak Emir supaya duduk di atas kerusi yang berada di hadapan.
"Woi! Asal aku pulakk!" Emir tidak bersetuju.
Mereka yang lain sudah menolak Emir dengan kuat sehingga dia berdiri dengan tidak rela.
"Wait! Ni cerita seram ke? cerita hantu?" Ara menyoal dengan suara yang cuak. Dia sudah memeluk lengan Hanim dengan kuat.
Emir berdehem seketika lalu membalas pertanyaan Ara.
"Cerita seram tapi bukan hantu."
"Ala chill je. Citer legend ni." Jelas Zakwan kepada mereka semua.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...