BAB 59

779 97 15
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Di Lavender Highschool

Peralatan di bonet kereta sudah diambil oleh mereka. Pada malam itu, bulan mengambang sangat terang menyinari bumi.

 Pada malam itu, bulan mengambang sangat terang menyinari bumi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wah! Cantiknya langit malam ni. Clear dan tak ada awan langsung." Kata Dhera memandang ke arah bulan itu.

Mereka semua memandang ke langit. Langit hitam pekat. Disinari cahaya bulan bersama bintang-bintang yang bertebaran. Angin malam pada malam itu juga sejuk. Bunyi-bunyi cengkerik dan burung hantu mengisi suasana.

Naji tidak langsung memandang langit, baginya selagi perkara ini belum berakhir, selagi itulah dia tak akan teruja langsung untuk memandang bulan ciptaan tuhan itu.

Haifa memandang Naji, dia tahu Naji tak sukakan bulan tapi tak perlulah buat muka tiada perasaan sebegitu.

"Chilla Naji, kita dah nak sampai ke penghujungnya, lepasni boleh lah tenung bulan lama-lama." kata Haifa sambil memandang bulan yang cerah itu.

"Selagi tak habis, selagi tu aku tak suka..." jawab Naji ringkas. Haifa hanya mengangguk faham dengan kenyataan Naji.

"Perangkap dah pasang?" Tanya Akhaira kembali ke alam nyata.

Zahira mengangguk. Dia sudah memasang perangkap tersebut pada pagi tadi.

Mereka semua terlebih bersemangat pada malam ini kerana tidak sabar mahu membunuh mahluk tersebut serta mengetahui keberadaan putera mahlu tersebut.

"Good, kalau macam tu masing-masing tolong ingat ya. Jangan langsung lalu di kawasan itu sampai habis misi. Faham?" Akhaira mengingatkan rakan-rakannya semula.

"Faham!!"

"Haifa, don't forget to ask the question." Ketua kumpulan itu mengingatkan Haifa.

Dia kemudiannya menunjukkan tanda 'ok'.

Masing-masing sudah menuju ke pagar sekolah, Alif sudah pun mematikan sistem kawalan keselamatan di dalam sekolah itu.

Setelah semua memasuki kawasan sekolah mereka menuju ke tempat persembunyian masing-masing. Alif yang sedang menapak masuk ke dalam pagar sekolah, menghentikan perbuatannya.

Kepalanya menoleh kebelakang.

"Kau buat apa tu Naji?" tanya Alif kerana Naji masih lagi berdiri di hadapan kawasan sekolah. Telefon bimbit yang dipegang oleh Naji akhirnya dimasukkan kembali ke dalam poket. "Tak ada apa." jawabnya bersahaja.

♧♧♧

Dhera sudah memasang senapangnya, kedudukan strategi yang berdekatan dengan tingkap dipilih olehnya.

Fazira dan Haifa pula sedang duduk bersila mengilap senjata masing-masing.

Pistol mereka telah pun diselitkan ke pinggang. "Fazira, kau gementar ke??" tanya Haifa setelah melihat tangan gadis itu terketar dan wajahnya juga sedikit pucat.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now