☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Haifa memasukkan biskut-biskut yang sudah dibiarkan sejuk ke dalam balang seperti yang ibu arahkan tadi.
Ada juga beberapa keping biskut coklat itu selamat di dalam perutnya. Haifa tersenyum besar, ini kali pertama di dalam hidupnya dia belajar membuat biskut.
"Haifa, masukkan lebih sikit dalam balang-balang tu." Pinta Puan Nasuha.
Haifa memandang ibunya itu. "Tak pe ke ibu???" Soal Haifa namun tetap melakukan apa yang ibunya suruh.
"Tak apa, bagilah extra biskut kat pelanggan. Kalau nak berniaga, jangan kedekut." Jelas ibu lagi.
Haifa mengangguk faham. Betul juga tu.
"Ibu, waktu kita beli barang kat kedai tadi, pakcik yang sapa ibu tu macam berkenan je kat ibu." Haifa menyakat.
"Ish apalah kamu ni Haifa. Dia kawan ibu je lah.." ibu menyangkal sangkaan Haifa.
"Ececehhh, kawan tapi mesraaa." Ayat Haifa itu mengundang senyuman di wajah ibunya.
"Ibu, kacak pun kacak tau pakcik tu walaupun dah tua." Sengaja Haifa mencucuk jarum lagi.
"Ehh dahlah, dahlah. Sambung kerja kamu tu." Ibu mahu menghentikan topik tersebut tetapi Haifa masih lagi tak mahu berhenti.
"Apa nama pakcik tadi... Daris.. haa Dariss. Hensem pun hensem ibu, nama pun dah sedap dah..." kata Haifa sebelum ibu mengeletek pinggangnya.
"Ibu cakap dah kan. Ha kan dah kena ni. Nak kena lagi ke??"
"Takk. Tak nak ibu. Hahhaha. Geli lahhh. Janganlah geletek! Ibuuu!!" Haifa menolak tangan ibunya daripada menyentuh pinggangnya.
Puan Nasuha menghentikan perilakunya sambil tergelak puas. Haifa pula kembali menyambung memasukkan biskut-biskut ke dalam balang.
Kemudian, terdetik di hatinya untuk menanyakan satu soalan.
"Ibu....Haifa nak tanya sesuatu boleh?" Haifa memandang ibunya yang baru sahaja duduk di atas kerusi.
Ibu tersenyum. Tanda boleh.
"Ibu... macam mana ibu kenal ayah??"
Soalan Haifa itu membuatkan Puan Nasuha sedikit terkedu. Dia mengambil beberapa saat sebelum menjawab soalan dari anak tirinya itu.
"Ibu kenal ayah di kedai makan. Waktu tu, ayah nampak sangat sedih dan tak terurus. Tapi, ibu tak tegur pun ayah.
Kemudian, Ibu selalu datang kedai tu dengan Sarah sebab Sarah suka makan kat kedai tu. Dari situ jugalah, ibu selalu nampak ayah datang.
Ayah yang tegur ibu dulu. Memandangkan, ayah duda dan ibu janda. Kami buat keputusan untuk berkahwin." Kata ibu lagi.
Haifa mengangguk faham.
"Kedai yang selalu ibu pergi tu masih ada lagi ke??" Tanya Haifa ingin tahu. Puan Nasuha mengangguk.
"Ada, dekat je dengan kawasan ni. Nama kedai tu Restoran Malik. Besar kedai tu sekarang, maju." Balas Puan Nasuha.
"Ayah tak ada cerita pasal mama Haifa ke ibu???" Haifa bertanya lagi. Dia memasang harapan untuk mendengar bagaimana ibunya dahulu.
Ibu menggeleng.
"Sejak awal perkahwinan, ayah tak pernah nak buka mulut cerita pasal mama Haifa.
Kalau ibu tanya pun, ayah akan mengelak untuk jawab, atau wajah ayah akan jadi sedihhh sangat." Jawab Puan Nasuha lagi. Wajah kesedihan mendiang suaminya itu masih lagi dia dapat bayangkan.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...