BAB 27

892 100 2
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

"Haifa, aku nak cakap sikit. Pasal Sarah" Amira memandang rakannya itu.

"Sarah?? Kenapa dengan dia?" Berkerut dahi Haifa. Melihat air muka Amira, nampaknya perkara yang ingin dibincangkan ini serius.

"Kau tau tak Sarah turun kelas? Kau tau kan sistem sekolah kita macam mana." Amira memulakan ceritanya.

Haifa mengangguk. Sekolah ini mengamalkan sistem untuk menurunkan dan menaikkan pelajar mengikut keputusan peperiksaan. Jika Sarah turun kelas, bermakna keputusan peperiksaannya menurun?

"Dia masuk kelas aku sekarang." Sambung Amira. Haifa mengeluh. Haih, pasti Amira tidak suka dengan kehadiran Sarah di dalam kelasnya.

"Aku minta maaf kalau Sarah-"

"Tak, aku bukan nak cakap yang aku semak dengan muka Sarah dalam kelas aku tu. Benda tu memang betul pun, tapi aku bukan nak cakap pasal tu sekarang." kata Amira jujur. Dia tahu apa yang Haifa fikirkan.

Hari pertama Sarah masuk ke kelasnya, memang Amira tidak suka dan meluat tapi sekarang ini bukan perkara itu yang ingin dia bincangkan.

"Habistu?" Haifa ingin tahu, apa sebenarnya yang Amira ingin sampaikan. "Sarah sekarang, nampak lain. Beberapa hari ni, dia senyap lepastu selalu menyendiri." kata Amira.

"Selalunya dia macam mana?" Soal Haifa yang sememangnya tak tahu bagaimana perangai Sarah di sekolah.

"Dia selalu jadi diva lah. Dia selalu nak perhatian orang. Dia kacau Alif. Dia buat semua benda yang dia selalu buat tuu, tapi sekarang! Dia senyap weh! Senyap! Dia duduk sorang-sorang! Lepastu aku dapat rasa aura menakutkan tau bila aku pandang dia! Baru pandang weh! Bukan duduk sebelah-sebelah lagi!" jelas Amira. Cara dia bercerita itu sangat gempak.

Haifa sedikit pelik. Mengapa tiba-tiba sahaja Sarah berubah.

"Aku cerita ni sebab walaupun aku benci dia tapi aku tak rasa benda tu normal kalau nampak dia diam dan bersendiri secara tiba-tiba. Kau faham kan?" Amira menyoal Haifa. Haifa mengangguk.

Dia bersetuju. Tak mungkin orang yang selalu bising itu, senyap tiba-tiba. Kecuali ada sebab. Sarah bergaduh dengan makcik ke? Haih.

"Okaylah. Aku nak kena jawab exam kejap lagi. Kau rehat tau! Jangan banyak sangat fikir! Tido je! Bye!" Amira berjalan keluar sambil melayangkan 'flying kiss' kepada Haifa.

"Apa yang sedang berlaku ni. Kenapa Sarah tiba-tiba berubah. Suara tadi, suara ketika Ara minta maaf kat aku. Aku yakin itu suara Ara, tapi Ara tidak pula menyebut ayat-ayat itu. Aku mesti cari tahu." kata Haifa sendiri. Dia memejamkan matanya namun otaknya ligat memikirkan situasi yang tidak dapat dirungkai ketika ini.

♧♧♧

Enam hari selepas itu.

Haifa diberi keizinan untuk keluar dari unit rawatan pada hari ini. Doktor Lily amat terkejut melihat luka yang sudah hampir sembuh itu namun dia diberi amaran untuk tidak bergerak dengan aktif, takut lukanya itu terbuka semula.

Haifa sudah pun berjumpa dengan Cikgu Z untuk mengambil ujian pada hari ini tetapi Cikgu Z memintanya untuk mengambil peperiksaan pada minggu hadapan memandangkan hari ini sudah hari Khamis dan sudah hampir ke penghujung minggu. Jadi eloklah dia mengambil ujian pada minggu hadapan.

Sekarang, apa yang dia perlu lakukan ialah berjumpa dengan Sarah.

Haifa menilik jam di tangan. Sekejap lagi, semua pelajar akan tamat menjawab peperiksaan dan kemudian mereka akan berehat. Inilah peluang untuk Haifa berjumpa dengan Sarah.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now