BAB 80

1.1K 125 10
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

~ Surat buat semua ~

Aku harap, ini cuma mimpi.

Kalau ada yang membaca warkah terakhir ku ini, aku mahu ucapkan terima kasih terlebih dahulu.

Mungkin, sedikit sebanyak warkah ku akan membuka memori kalian.

Genial. 

Perkataan yang tak akan aku lupakan, sehingga akhir nyawa aku. 

Walaupun, pada awalnya aku tidak menyukai pada ahli Genial tetapi kalian dapat menerima aku dengan baik.

Pelbagai perkara yang kita lakukan bersama. Tak dapat aku mahu ceritakan semuanya di sini tetapi apa yang mahu aku katakan ialah, terima kasih korang.

Sentiasa mengambil berat tentang aku, walaupun aku jarang meluang masa dengan kalian... 

Terima kasih atas semua memori...

Teringat pula Insyirah beli ayam pedas dan kita makan bersama-sama. Rasanya, itulah kali pertama kita melepak bersama. Afira lah, yang paling lahap sekali memakan semua ayam pedas tu sampai tercekik.

Haha, tiba-tiba teringat pula dengan Hanim yang obses dengan gula-gula 'jelly bear', macam tak nak lepas. Kemudian, kena bebel dengan Dhera sebab terlebih makan.

Haih, aku akan rindukan semua itu.

Buat rakan genial, segala apa yang korang dah buat untuk aku. Takkan pernah aku lupakan.

 Alat penebat bunyi yang Aura berikan, sangat aku hargai.

Ara yang hampir nak bunuh aku semasa tak sedarkan diri, sangat tak dapat aku maafkan. 

Hahaha, gurau saja. Ara, jangan marah. Aku pun dah tiada :)

Kemudian, Fazira yang macam mak-mak bila aku tak nak bangun pagi, tapi kalau bergossip reti pula dia tukar mood menjadi seorang kawan. Kalau tak, macam makcik kepoh. Dah lah gelak pelik.

Eh, terkutuk pula. :3

Entahlah, tapi manusia yang paling normal aku kenal hanyalah Akhaira dan Zahira. Ecece, sukalah tu aku puji.

Akhaira dan Zahira, teruskan jadi manusia normal dan jagalah yang lain-lain. Takutlah diorang tu membesar tanpa penjagaan yang rapi. Nanti tak jadi manusia, jadi woof-woof.

Hahahaha.

Eh, lupa. Alif. Hmm, apa nak cakap eh.

Ouh ya! Pin rambut yang pernah kau kasi, cantik sangat.

Saja nak puji lagi. :3

Aku pernah pakai sekali je. 

Sorry Alif.

:(

Sebenarnya, aku dapat rasakan yang aku tak akan tahu siapa isteri kau di masa hadapan tapi aku harap kau bahagia dan gembira dengan dia. Apa pun pilihan kau, adalah yang terbaik. 

Alif, kau pernah cakap dengan aku yang kau akan stay dengan aku di mana sahaja aku berada, tapi tulah aku dah tiada. Takkan kau nak ikut aku mati jugak kot :3

Aku hargai Alif, segala pengorbanan kau untuk aku. Segala keprihatinan kau pada aku suatu ketika dahulu, aku sangat hargai. Kirim salam terakhir kat Amira. 

Ha, ni nak cakap. Amira buat part time kat Restoran Malik tu. Gi marah dia. :3

Hmm, aku nak buat warkah sedih tapi rasa nak borak pula dalam ni. 

Apa lagi nak cakap ya, hm... 

Ouh, ibu~ lupa pula Haifa dengan ibu. Hehe, Haifa sayang ibu. Tu je nak cakap. Tak nak cakap banyak-banyak nanti terlalu sedih. Haifa tak nak ibu nangis lagi. Maafkan Haifa terpaksa tinggalkan ibu juga, macam mana Sarah dan Ayah tinggalkan ibu.

Haifa mewakili mereka, nak cakap, maafkan kami semua. Kami sayang ibu <3

Okaylah, ini jelah Haifa sempat tulis. Rasa macam dah tak sempat nak tulis panjang-panjang ni. Nak main fone pulak.

Ha, tunggulah tu aku tulis pasal kau.

Tak payah nak ego sangat, aku pukul kau nanti. 

Macam mana nak cakap ya, tapi....

Goodbye Master Mystery and Quiet, AHAHAHAHAHA!

Masih kelakarlah nama tu Naji, aku masih gelak tak berhenti. Tukar plis nama tu, jangan bagitahu orang lain pulak, nanti diorang bahan kau sampai tua. 

Ada benda aku nak cakap ni..

Hm...

Aku, sebenarnya... suka..

ehem-ehem.

Aku sebenarnya... eii malu la~~

Hmm kau agak-agak jela ye apa aku nak cakap tu. Kau kan bijak :3

Tak sangka an, first time aku jumpa kau, kau terus marah aku sebab aku kacau latihan kau kat padang sekolah tu. Sorry ah Naji. <3

Manalah perasan ada orang kat situ sebab kau kan MnQ. HAHAHAHAHHAHA!

Naji, walaupun kau tak reti nak tunjukkan apa yang kau rasa, aku tetap tahu kau tu banyak pendam.

Aku nak kau buat kawan lagi ramai Naji, bukan setakat Alif dan Zakwan je.

Aku nak kau jadi kawan paling best!

Kalau tak dapat jadu kawan paling best, jadi kawan paling banyak cakap pun jadilah.

Aku tunggu okay :)

Aku akan perhatikan kau.

Kalau kau tak buat ramai kawan, aku cekik kau dalam mimpi ;)

Erm, pasal kat libarary tu kan... aku saja je kacau kau sebab aku bosanlah.

Kau je manusia yang baca buku, yang lain semua depan fone dan laptop, so kau je paling senang aku nak ganggu time tu.

Ehee~~

Panjangnya bahagian kau, jangan rasa special pulak. Huek.

Okaylah- ini serius. Ini last. Ini yang aku paling nak cakapkan.

Aku, Haifa Nabilah tak akan lupakan kau dan jasa kau kepada aku..

Terima kasih Naji sebab

Gendong aku,

Tolong selamatkan aku dari Zakwan,

Selimutkan aku dalam library,

Teman aku lepak atas pokok,

Bagi aku sapu tangan,

Dan terima kasih kerana tak takut bila kau tahu siapa aku yang sebenarnya.

:)

Semoga kehidupan kau lebih bermakna pada masa hadapan Naji. Bye-bye lembab.

Sincerely
Haifa si bengap.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now