BAB 75

715 100 10
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

[ Flashback ]

2014

Khalid memasuki bangunan yang berusang di dalam sebuah hutan. Nafasnya turun naik menahan marah.

Matanya terus tertumpu ke arah seorang wanita yang sudah terpejam matanya.

"Athalia!!!" Jerit Khalid. Dia segera berlari ke arah wanita kesayangannya itu.

"Athalia! Bangun Athalia!" Kepala Athalia telah dipangku. Dia menampar perlahan pipi Athalia untuk menyedarkannya.

Khalid memandang Athalia yang sudah dilumuri dengan darah. Di wajah, di tubuhnya, di tangan runcingnya itu. Penuh dengan darah!

"Tak...tak mungkin.. Athalia! Bangun! Athalia! Bangunnn!! Jangan tinggalkan abang!!" Raung Khalid. Dia memeluk kepala isteri kesayangannya itu dengan erat.

"Athalia awak tak boleh pergi lagi sayang... Haifa need you.. I need you.. please Athalia... wake up... Athalia...." Khalid seperti sudah tidak betul.

Menggeletar tangannya menyentuh setiap inchi tubuh isterinya untuk memastikan dia masih hidup.

Khalid memandang wajah isterinya. Dia tidak dapat menerima dengan situasi yang sedang berlaku. Otaknya sudah menghantar isyarat bahawa isterinya sudah tiada tetapi hatinya masih tidak mampu menerima isyarat itu.

"Kau memang bodoh Khalid! Athalia tu raksasa kau tahu tak!!"

Khalid merenung tajam ke arah suara yang baru muncul itu. Dia sudah agak, ini semua pasti kerja orang itu.

"Kau memang tak guna Taka..." Khalid menyimpan dendam. Suaranya menahan marah.

Oitaka yang juga turut berlumuran darah berjalan ke arah Khalid dengan lemah. Nampaknya berlaku pergelutan antara Athalia dan Oitaka sewaktu Khalid sedang menuju ke sini.

"Kenapa kau bunuh isteri aku Taka... Apa salah aku dengan kau, sampai kau sanggup... kau sanggup bunuh isteri aku!!"

"ATHALIA TU RAKSASA KHALID. KAU SEDAR TAK!"

"AKU SEDAR!! TETAPI KALAU TAK SEBAB KAU BAWA DIA KE SINI! SEMUA BENDA NI TAK AKAN JADI TAKA!!!" Marah Khalid semarah-marahnya.

Dia meletakkan kepala isterinya perlahan-lahan ke bawah. Kemudian dia berlari menuju ke arah Taka.

Tangannya digenggam kuat. Dengan laju, Khalid memukul wajah Taka sehingga dia terjatuh ke tanah. Dia menggunakan segala kekuatannya tadi sehingga dia sendiri terasa sakit setelah memukul Oitaka.

"Kau tahu! Kau tahu isteri aku tak boleh datang ke sini! Kenapa kau bawa dia ke sini juga!

Apa salah dia pada kau! Sampai kau sanggup bunuh isteri aku!!" Khalid menumbuk wajah Taka berulang kali. Khalid berada di atas Oitaka. Dia menumbuk Oitaka tanpa belas kasihan.

Dalam keadaan yang lemah itu. Oitaka masih mampu tergelak sambil tersenyum.

"Ha..ha..ha.. kau.. kau tanya aku.. apa salah raksasa tu pada aku?" soal Oitaka.

"Raksasa yang kau cakapkan tu isteri aku!!" jerit Khalid.

Khalid menghentikan tumbukkannya. Dia memandang Oitaka dengan geram.

"Dia bunuh keluarga aku Khalid.

Keluarga aku!!!" Marah Taka pula.

Satu lagi penumbuk singgah di wajah Taka.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now