☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Berdas-das tembakan dilepaskan, namun sasaran Insyirah masih lagi tidak kena. Dia cuba untuk menyembunyikan diri di sebalik almari kayu yang berhampiran. Dia mengesot perlahan-lahan kebelakang, tangan kanan yang memegang pistol masih lagi tertumpu kepada Iman Zulfa yang sedang berjalan ke arahnya.
"Ugh!" Badannya terasa disengat apabila bergerak mengesot begitu. "Iman wake up! Ini Kak Insyi! Jangan bagi mahluk tu kawal Iman!" Insyirah masih cuba untuk menyedarkan anak sedaranya. Dia tahu raksasa yang merasuki Iman masih lagi berada di dalam badan Iman sama seperti kes Ara.
Maka Insyirah perlu menembak anak sedaranya dengan peluru khas yang dicipta oleh profesor bagi mengeluarkan beast daripada badan manusia.
Insyirah tahu ianya bukan semudah yang disangka kerana kecekapan mahluk ini akan berganda lebih hebat kerana mereka mempunyai perumah iaitu tubuh badan manusia.
Apabila mahluk ini mempunyai perumah, mereka 10 kali ganda hebat daripada jelmaan mereka yang tiada perumah. Oleh sebab itulah, melawan jelmaan beast sendiri lebih mudah berbanding melawan beast yang berada di dalam tubuh manusia.
Semakin Insyirah ke belakang, Iman Zulfa menapak ke hadapan selangkah demi selangkah. "Don't move!" tangan Insyirah mengigil namun pistol itu masih lagi tertumpu ke arah Iman Zulfa.
Iman Zulfa tersenyum. Lalu, dengan pantas dia mencengkam leher Insyirah. "Ark!" Insyirah terkejut. Pistolnya terjatuh lalu laju sahaja tangannya mengenggam lengan Iman. Kekuatan Iman Zulfa memang lain daripada yang lain.
"Le...paslah!!" Insyirah memberontak. Badannya yang tergantung itu masih lagi mempunyai tenaga untuk melepaskan diri. Sememangnya Iman Zulfa lebih tinggi darinya walaupun Iman lebih muda daripada Insyirah.
"B...bunga biru.."
Insyirah yang cuba melepaskan diri memandang pelik anak sedaranya itu, tak, lebih tepat lagi pelik dengan percakapan mahluk itu secara tiba-tiba. Dia tidak mampu untuk bercakap apa-apa kerana keperitan di leher yang dicengkam itu menyukarkan dia untuk berkomunikasi dengan Iman.
"Arghhhh!" Iman mengangkat Insyirah setinggi yang boleh untuk menghempas Insyirah ke lantai.
'Please don't!!!' Insyirah tidak boleh berbuat apa. Dia dapat rasakan dia akan terhempas selepas ini.
SHUUT!
"WARHHHHHHH!" tangan Iman Zulfa melepaskan Insyirah daripada cengkamannya. Badannya kini terasa sangat sakit.
♧♧♧
Dhera yang berada di menara paling tinggi itu berpuas hati dengan tembakannya yang tepat terkena Iman Zulfa. "Not bad for me." katanya bangga lalu tersenyum sendirian.
Sekarang dia perlu menukar kedudukan senjata untuk membunuh mahluk yang akan keluar daripada badan Iman Zulfa sekejap sahaja lagi.
Tadi dia menggunakan senapang sniper lamanya yang menggunakan peluru kelemahan beast untuk memaksa mahluk itu keluar dari badan manusia. "Time for show time..." kata Dhera sendiri apabila dia ingin menggunakan senapang sniper terbaharunya itu.
"GRRRRRRRRR!"
Dhera memandang kebelakang. Terkejut dia apabila terdapat seekor beast di belakangnya. "Wait what?!" Dhera masih tidak faham bagaimana mahluk ini tahu kedudukannya.
"GRRRRR!!!"
Segera mahluk tersebut menepis senjata-senjata Dhera sehingga senjata itu terjatuh dari menara tinggi itu. "WOI!!!" Dhera sudah marah. Berani betul mahluk jahanam itu membuang senjatanya begitu sahaja.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...