☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Pada malam itu, wakil para saintis di serata dunia yang berada di bawah Organisasi Beast Hunter menuju ke lokasi portal di kawasan masing-masing.
Mereka membuat khemah untuk memasang alatan-alatan yang akan membantu mereka dalam misi menutup portal.
Di setiap lokasi, akan dihadiri empat wakil Beast Hunter sebagai langkah berjaga-jaga jika terdapat beast yang berada di kawasan portal itu.
Haifa dan rakan-rakannya sudah pun berada di kawasan perumahan Ara dan Naji. Aura dan Profesor V serta Miss Castell telah pun berada di talian.
Panggilan video ini dilakukan untuk melihat sama ada teori mereka itu benar atau salah kerana Profesor V telah menyambungkan panggilan tersebut ke serata dunia.
Jika teori mereka salah, semua wakil akan mulakan operasi untuk mencari dan menutup portal tersebut.
Masing-masing sudah turun daripada kenderaan. Mereka semua memakai penutup mulut bagi melindungi wajah mereka daripada diketahui oleh orang awam.
Ara terlebih dahulu berjalan menuju ke lokasi portal itu dengan GPS yang dibekalkan oleh Aura.
Ara yang akan mengetuai perjalanan mereka kerana kawasan di sini merupakan kepakaran Ara. Rumah-rumah sebesar istana itu juga amat tidak asing di matanya.
Boleh dikatakan semua itu jiran-jirannya tetapi tak pernah bertegur sapa. Rakan-rakan Ara yang lain sudah ternganga melihat bangunan di kawasan tersebut.
Mereka tahu Ara kaya tapi tak pernah pula mereka menyangka semewah ini kekayaan Ara. Ara pula tidak pernah membuka mulut perihal kekayaan ibu bapanya.
"Hey Ara. Boleh tak, kitaorang nak tidur rumah kau malam ni??" Tanya Hanim teruja.
"Tak boleh." Jawab Naji selamba.
Walaupun soalan Hanim itu ditujukan kepada Ara tetapi Naji juga tinggal di situ. Dia anak angkat ibu bapa Ara jadi dia berhak untuk menjawab.
"Apahal pulakk." Afira seperti hendak memulakan perbalahan. "Tak boleh lah. Tak ada sebab lain." Jawab Naji lagi.
"Kedekutttt. Welkkk." Hanim pula mengikut Afira untuk memulakan pergaduhan. Ara tersenyum sahaja mendengar kawan-kawannya bergaduh.
Dia rasa mungkin mereka semua akan tidur di rumahnya pada malam ini kerana dia juga hendak berjumpa dengan ibu bapanya.
Sudah pasti Naji juga rindu kepada keluarga angkatnya itu. Naji sengaja hendak bergaduh dengan rakan-rakannya sahaja.
"Jauh lagi ke Ara?" Tanya Haifa yang berada di sebelah Ara. "Tak. Benda tu kat kawasan ni je, cumanya aku syak dia ada dalam kawasan rumah orang..." balas Ara.
Mereka semua berhenti di hadapan pagar yang mengelilingi kawasan rumah tersebut. "Kalau ikut gps ni, portal ada dalam tu." Ara menunjukan ke arah hutan gelap.
"Okay so ni rumah siapa sekarang. Kita kena ceroboh ke atau pun tak?" Tanya Insyirah secara langsung.
"Aku tak rasa kita boleh ceroboh..." Naji memberi pendapat. Ara bersetuju.
"Sistem keselamatan kawasan perumahan di sini sangat canggih. Aku tak rasa Aura dapat godam..." jelas Ara.
Aura yang masih dengan komputer ribanya juga mengangguk setuju. Memang benar apa yang Ara katakan. Dia tidak dapat memecahkan kod keselamatan untuk kediaman ini.
"Kalau korang nak tahu, rumah ni rumah paling besar di kawasan ni, aku risau kalau kita ceroboh... kita kena tangkap semudah 'abc' je..." Ara memberi pendapat.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...