BAB 34

961 101 3
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

PANG!

Tamparan kuat dilepaskan di pipi gadis muda yang sudah comot dengan kotoran-kotoran tanah. Haifa tergerak sedikit ke tepi dek tamparan kuat dari Puan Nasuha.

Dia tidak berani mengangkat wajahnya untuk memandang ibu tirinya yang sedang bengang itu.

Alif yang berada di belakang ingin mendekati Haifa namun ditahan oleh Akhaira. Kini mereka semua berada di hadapan rumah Puan Nasuha atau lebih tepat lagi rumah arwah ibu bapa Haifa.

Mahu tidak mahu, kematian Sarah harus dibongkarkan kepada si ibu.

"Kau ingat aku percaya dengan apa yang kau cakapkan tadi?" Puan Nasuha menjegilkan matanya. Dia memandang Haifa dengan penuh kebencian. Haifa mengenggam barang kepunyaan Sarah dengan kuat. Kepalanya masih lagi tertunduk.

"Aku suruh kau bawa balik Sarah! Mana dia?!" Puan Nasuha menolak bahu anak tirinya itu.

Haifa hanya mendiamkan diri. Dia memejamkan matanya yang sudah sembab itu. Mereka yang berada di belakang juga tidak mampu berkata apa-apa.

"Maaf makcik. Sarah memang dah tak ada..." jawab Haifa. Sukar untuk dia meluahkan perkataan itu. "Lagi-lagi ayat yang sama! Kau jangan nak tipu aku Haifa!!" Kemarahan Puan Nasuha mendadak.

Mana mungkin Sarah dah tak ada. Dah tak ada macam mana? Sarah larikan diri? Sarah merajuk dengannya? Apa yang dah tak ada? Apa silapnya pada Sarah?

Haifa tidak dapat menahan tangisannya. Dia menangis di hadapan ibu tirinya itu. Terdengar esakan Haifa di telinga Puan Nasuha.

"Apa... apa maksud kau... Anak aku dah tak ada." tanya Puan Nasuha memandang Haifa dan rakan-rakannya.

Alif berjalan ke arah Haifa lalu berdiri di sampingnya. "Maafkan kami puan. Sarah, dah meninggal..." jawab Alif.

Dia menjawab bagi pihak Haifa. Dia tahu Haifa tidak sanggup lagi mengulangi ayat yang sama dan dia juga tidak mahu Haifa menyebut perkataan itu lagi.

Puan Nasuha memandang wajah Haifa dengan tidak percaya. Dia menelan air liurnya dengan kasar. "Aku tak dapat tangakp.. apa yang kau orang semua cakapkan ni? Apa semua ni Haifa! Benda ni bukan benda main-mainlah! Aku nak anak aku! Sarah! Aku nak Sarah!" Puan Nasuha mengoncangkan badan Haifa.

"Kami, tak sempat selamatkan dia..." kata Alif cuba menahan Puan Nasuha dari mengoncang badan gadis di tepinya itu. Haifa betul-betul kelihatan lemah.

"Jadi kau fikir aku nak percaya dengan cerita raksasa kau tu?" Puan Nasuha memandang Alif dengan garang. Alif mengangguk laju. Ramai yang tidak tahu dengan kewujudan beast tetapi ahli keluarga mangsa berhak untuk tahu sekiranya mereka ingin tahu.

Organisasi Beast Hunter juga akan membayar sejumlah wang pampasan kepada keluarga si mangsa sebagai tanda takziah.

Puan Nasuha memandang wajah kawan-kawan Haifa yang lain. Wajah mereka sangat jujur dan bersalah.

Dia seperti tidak sangka. Anaknya yang dia kasihi selama ini, anaknya yang dia belai selama ini, pergi tanpa berkata apa-apa kepadanya.

Puan Nasuha sebenarnya tidak mahu mempercayai kematian Sarah, namun apabila melihat Haifa dan rakan-rakannya yang lain tercedera teruk dan nampak keletihan, entah bagaimana otaknya dapat menerima berita tentang pemergian Sarah.

Luka dan lebam-lebam di badan mereka sudah cukup membuktikan yang mereka berusaha untuk membantu anaknya.

'Jadi memang betul, sayang mak sudah tiada ya?' Katanya di dalam hati.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now